Sunday, February 9, 2014

Punca Vitamin tidak beri kesan?

langgar pantang larang ketika makan Vitamin.

Adakah anda tidak merasa manfaat setelah mengambil supplement dan vitamin?cuba semak adakah cara pengambilan atau anda melanggar pantang larrang apabila mengambil supplement?


Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.




2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.



3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.





5. Pantang larang makan vitamin.
  • Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
  • Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan makanan tambahan (supplement) seperti yang dinyatakan:
  • Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
  • Pesakit talasemia: Vitalea
  • Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon . Sebaik-baiknya dapatkan nasihat/ saranan doktor jika anda ingin mengambil vitamin-vitamin ini. Ini kerana vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
  • Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

Dapatkan consultant percuma,sila hubungi SID anda:


SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty


No comments :

Feel Free to share