Wednesday, October 8, 2014

8 Pantang Larang makanan dan minuman awal kehamilan

Kehamilan adalah nikmat yang dikurniakan allah kepada wanita. Diawal kehamilan bakal ibu dinasihatkan supaya behati dari segi di larang membuat kerja berat,jangan mengangkat barangan yang berat, melalukan aktiviti lasak dan sebagainya. Dari aspek permakanan ibu juga harus menitik beratkan, kerana dari permakan juga boleh membuatkan kandungan keguguran. Namun tidak semua wanita terlalu sensitif, ada juga yang tahan lasak kandungan masih selamat.

Penjagaan yang rapi harus di titik beratkan supaya kandungan tidak terjejas di sebabkan kurang ilmu tentang jenis permakanan yang perlu di elakkan ketika usia kandungan masih di peringkat trimester pertama. Sedikit pantang larang pengambilan makan ini demi menjaga tumbesaran jasad di dalam rahim.

Makanan dan minuma yang bersifat berangin,panas dan tajam perlu dielakkan atau jika benar teringin hanya perlu "merasa", kalau tak rasa "mak yong" boleh tak lena tidur malam.

Makanan perlu elak di awal kehamilan

1. Nanas


Sering kali wanita yang baru mendirikan rumah tangga di ingatkan supaya mengelak makanan buah nanas ini kerana sifatnya yang di katakan tajam boleh membuatkan keguguran. Sebenarnya Nanas adalah sejenis buah yang kaya khasiatnya iaitu kaya dengan vitamin c. Ambillah secara sederhana jangan ikutkan nasfu kerana jika vitamin c berlebihan 1000mg/hari boleh mencetuskan masalah kesihatan yang lain bagi mereka yang sensitif.

2. Air Tebu dan air kelapa


Sama seperti makan nanas, Sifat yang di katakan "tajam" penyebab kepada keguguran. Lebih baik hati-hati. Tetapi air kelapa sangat digalakkkan ketika masuk trimester ke tiga khasiat mudah bersalin dan mencantikkan kulit bayi. sejauh mana kebenarannya Wallahu'alam. Pengalama orang tua-tua.

3. Tapai


Makanan yang melalui proses penapaian ini di katakan juga "tajam" jadi elakkan di awal kehamilan. Bagus juga elak makan tapai ketika hamil, ini kerana sifatnya yang manis boelh menyebabkan ibu terkena diabetic ketika hamil pula.

4. Keju Lembut
Keju lembut yang diperbuat dari susu yang tidak di pasteur boleh membiakkab bakteria listerina yang memberi kesan merbahaya kepada ibu dan janin di dalam kandungan. BAkteria listerina ini boleh membawa maut jika sudah merebak dan menjangkiti dan keracunan kepada bayi. Jadi pastikan makan atau beli keju yang di label "telah dipasteur".

5. Telur separuh masak/mentah


Elakkan pengambilan telur separuh masak atau mentah, dikhuatiri kuman salmonella didalam telur menjangkiti bayi didalam kandungan. Elakkan mengambil makanan dari telur mentah seperti kek atau adunan tepung sebelum membuat roti,biskut dan cucur. Pastikan mengunakan telur yag telah dipastuer.

6. Minuman dan Makann yang berkafein


Had kan pengambilan kafien hanya 200mg sehari bagi ibu hamil yang benar-benar memerlukannya. kafien bukan hanya terdapat didalam kopi mlah terdapat didalam minuman berkarbonat, teh dan coklat. kafien akan menjejaskan berat bayi dalam kandungan ia juga berisiko keguguran bayi, kelahiran pramatang dan semestinya mengganggu penyerapan zat besi yang diperlukan ibu dan bayi didalam kandungan.

7. Alkohol, minuman bergas dan makanan ringan
Dilahirkan ISLAM, jadi Alkohol sudah semestinya dilarang sama sekali. HARAM hukumnya sudah pasti mengundang banyak keburukkan dan tiada langsung kebaikkannya. Secara klinikal alkohol boleh menyebabkan kecacatan janin dan masalah emosi bayi yang dikandung.

minuman bergas iaitu air bikarbonat mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tidak seimbang. Risiko ibu hamil untuk mendapat kencing manis adalah tinggi.

makanan ringan kalau boleh elakkan pengambillannya, ini kerana kendungan MSG yang tinggi adalah tidak memberi apa-apa manfaat kepada ibu dan bayi.

8. Ikan bermekuri tinggi
Ikan adalah sumber protein yang kita ambil setiap hari. Namun pengambilan ikan yang tinggi merkuri boleh merosakkan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak dan melebihi had. 

ikan yang mengandungi merkuri sederhana (mengandungi merkuri 0.09-0.29 ppm)
jenis ikan ini boleh diambil 6X atau kurang dalam masa 1bulan

kesimpualannya ibu hamil harus menitik beratkan nutrisi yang diambil. Makan makan yang betul-betul dimasak sempurna supaya bakteria dapat dibunuh. Untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang tanpa ragu-ragu anda boleh mengamalkan suplemen,

suplemen atau vitamin untuk ibu hamil shaklee adalah lengkap apa yang diperlukan oleh ibu hamil. Khasiat suplemen shaklee Set Untuk Ibu Hamil trimester 1, 2 dan 3



Kepada pengguna Shaklee dan kepada mereka yang ingin mencuba produk Shaklee, gunakan tanpa was-was. Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.


Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah -panduan belian online

hanya di hujung jari anda.Tempah sekarang dengan klik:


Untuk mendapatkan  HARGA ISTIMEWA



untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia


2 comments :

syuhada said...

tq...entry yang sangat best dan informatif :)

tapi bnyak yang saya pun suka makan...mmg kena pantang masa mengandung dulu... :)

Nanaa said...

Em kalau kunyit boleh makan ke? Saya was2

Feel Free to share