ketahui Kitaran Haid dan proses persenyawaan
Penulisan saya pada kali ini saya
percaya semua pernah mempelajarinya sewaktu di bangku sekolah sekitar tingkatan
1 2 dan 3 dalam subjek sains. Namun begitu masih ramai yang belum memahami
sepenuhnya atau pun sudah terlupa barang kali. Jom ikuti saya mengupas topic
ini supaya anda mengenali diri anda!
Pembentukan telur
Telur atau benih yang terdapat
dalam ovary seseorang wanita terbentuk sejak dari dalam Rahim lagi (dari dalam
kandungan ibunya lagi). Ketika kandungan 5 bulan, terdapat 7 juta benih atau telur di dalam ovarinya ( untuk bayi
perempuan). Kebanyakkan telur ini akan berkurangan (mati) dalam proses
pembesaran bayi tersebut.
Hanya satu atau dua juta telur
sahaja yang kekal semasa bayi perempuan itu di lahirkan. Namum begitu, ketika
seseorang perempuan itu mencapai tahap akil baligh hanya 250 000 telur sahaja
yang akan kekal. Selebihnya akan mati atau musnah/hilang ketika seseorang
perempuan melalui proses tumbesaran.
Telur akan membesar dan di
bebaskan setiap bulan secara bergilir-gilir setiap ovary sama ada kiri atau
kanan dan masuk ke tiub fallopio. Sekiranya tiada persenyawaan telur telur
tersebut akan mati dan di singkirkan bersama darah haid.
Penjelesan di atas adalah teori
di mana apabila hamil pada usia yang lewat boleh mempengaruhi berlakunya
keguguran atau kecacatan kepada bayi yang di kandung. Keguguran berlaku
berpunca daripada kandngan yang tidak sihat atau kromosom yang abnormal. Sekiranya
seseorang wanita itu hamil pada usia 40tahun, maka telurnya juga berusia 40
tahun!
Kitaran haid
Hormon pogresteron dan hormone estrogen
di hasilkan oleh kedua-kedua kilang telur dan ini mempengaruhi kitaran haid
seseorang wanita. Dua lagi hormone yang di hasilkan dari kelenjar pituitary yang
terletak di otak turut mempengaruhi kitaran hormone LH (Luteinizing Hormone)
dan FSH (follicle Stimulating Hormone).
Selepas haid tamat, penghasilan
hormone estrogen di ovary menyebakan penebalan pada lapisan Rahim. Bersama-sama
hormone progestron didinding Rahim akan tebal dan sesuai untuk proses implimentasi
oleh emrion (jika berlaku proses persenyawaan) selepas hari ke 14 kitaran haid.
Kenali diri ANDA! Kitaran haid
seseorang wanita tidak sama, majority mempunyai kitaran haid selama 28
hari. Walaubagaimanapun kitaran haid 21
hari sehingga 35 hari adalah di anggap masih normal. Jika seseorang wanita yang
mempunyai kitaran haid 28 hari maka hari suburnya di anggar pada hari ke 14
lepas hari pertama darah haid keluar.
Contoh pengiraan hari subur:
Hari pertama haid = 1 Jan 2014
Hari pertama haid = 1 Jan 2014
Hari haid seterusnya = 30 Jan 2014 (kitaran haid yang di alami selama 30 hari)
Hari Subur = 30hari / 2 = 15 ( maka hari subur adalah pada hari ke-15 dari hari pertama haid )
namun begitu masalah haid tidak teratur mempengaruhi proses kehamilan.
Jika tiada proses persenyawaan
berlaku, dinding Rahim yang semakin menebal dan berat akan runtuh dan keluar
sebagai darah haid pada penghujung
kitaran haid iaitu pada hari ke-28.
Proses persenyawaan
Jangka hayat Telur (ovum)
hanyalah 24jam, jika selepas 24jam telur di bebaskan dan tiada persenyawaan
berlaku maka Telur tersebut akan mati. Jadi jika anda merancang untuk hamil
waktu subur anda adalah sangat penting untuk anda jangkakan. Kitaran haid yang
teratur mudah untuk anda ketahui waktu subur dan merancang kehamilan anda.
Semasa proses persetubuhan
berlaku, sperma akan di lepaskan berjuta-juta tetapi hanya satu yang akan Berjaya
menawan telur dan di senyawakan lalu membentuk zigot dan seterusnya emrio. Selepas
5 hari di senyawakan embrio akan tertanam (implantation) dalam lapisan dinding Rahim, dan mungkin akan
menyebakan berlaku sedikit pendarahan.
Adakah saya hamil?
Ujian untuk mengetahui sekiranya
anda hamil boleh di lakukan melalui ujian air kencing (urine test) dengan
menggunakan kit penegesan kehamilan melalui UPT (urine prengnant test). Dengan
ujian ni kehamilan dapat di kesan seawal sejurus kitaran haid lewat (5 minggu
selepas hari pertama haid). Ujian ini bertujuan untuk mengesan hormone HCG (human
gonadotropic hormone) yang terdapat dalam air kencing wanita hamil (di bebaskan
oleh sel-sel embrio).
Dua line menunjukkan positif hamil dan sebaliknya untuk 1 line. |
Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain.
selain berusaha melalui pengambilan suplemen kita sebagai umat islam harus percaya dan terus berdoa dengan usaha kita, maka jangan lupa untuk berdoa. berikut adalah potongan doa untuk mendapat zuriat.
SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
Facebook: Fuziah Idris (fuzy)
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
No comments :
Post a Comment