Alhamdulillah, selesai berpantang 44 hari dan kini dalam misi berpantang sehingga 100 hari. Terdetik dalam hati bila ramai saudara mara dan sahabat handai yang bertanya Fully Breastfeeding? dah campur susu, dah ajar botol? jawapan saya InshaaAllah fully BF, exclusive BF.
nasihat saya kepada ibu di luar sana khususnya ibu muda beranak sulong sila tetapkan niat ingin menyusu bayi anda sepenuhnya sekurang-kurangnya 6 bulan, dan seterusnya, InshaaAllah akan di permudahkan.
namun begitu masih ramai yang tidak faham dengan penyusuan susu ibu, sebab itu ibu cepat panik dan gelabah bila di tanya mengenai susu ibu.
1.Susu badan saya sangat sedikit
KESAL....jika sering dengar keluhan seorang ibu begini. SEDIH sebabnya sewaktu hamil tidak cari gali ilmu sebanyak mungkin untuk panduan penyusuan bayi.
Selalunya bagi meraka yang baru bergelar ibu,mereka tidak faham tangisan bayi dan warna susu adalah bahawa susu mereka tidak mencukupi untuk si kecil. Amat penting untuk anda ingat bahawa tubuh anda menghasilkan susu berdasarkan kehendak bayiuntuk menyusu.Ini bererti semakin banyak anda menyusukan bayi,semakin banyak susu akan keluar.
Selalunya bagi meraka yang baru bergelar ibu,mereka tidak faham tangisan bayi dan warna susu adalah bahawa susu mereka tidak mencukupi untuk si kecil. Amat penting untuk anda ingat bahawa tubuh anda menghasilkan susu berdasarkan kehendak bayiuntuk menyusu.Ini bererti semakin banyak anda menyusukan bayi,semakin banyak susu akan keluar.
Jika anda memberi
susu tambahan seperti susu formula, dia akan tidur lebih lama kerana susu
formula tidak mudah di hadamkan. Ini akan menggangu kesan pengeluaran susu pada
tubuh anda.
Kadangkala, bayi menangis selepas menyusu kerana dia
telah terpisah daripada anda. Semasa menyusu,dia begitu selesa dengan bunyi dan
getaran pada tubuh anda yang mana dia telah mendengarnya ketika berada di dalam
Rahim anda. Cuba letakkan bayi dekat dengan diri anda selepas penyusuan. Jika dia
masih menangis susukan semula.
Menyusu badan sewaktu minggu pertama adalah paling membingbangkan ibu-ibu. Semasa minggu pertama,si ibu akan mengeluarkan sesuatu dari payudaranya iaitu kolostrum. Ia berwarna kuning dan keluar dengan jumlah yang sedikit. Ia adalah normal dan merupakan makanan kepada bayi anda.
2. Saya mempunyai payudara yang kecil. Adakah saya mempunyai susu yang mencukupi untuk diberikan pada bayi?
Saiz payudara anda tidak memberi kesan kepada
keupayaan tubuh anda untuk mengeluarkan susu. Menurut kajian ,ia mungkin memberi
kesan kepada peti simpanan susu dan dengan demikian ibu-ibu yang mempunyai payu
dara yang kecil mungkin perlu menyusukan anak mereka lebih kerap berbanding
dengan ibu yang mempunyai payu dara yang besar.
3.Saya melahirkan bayi pra-matang. Adakah saya masih boleh menyusukannya?
Bergantung pada bagaimana tahap pra-matang bayi
anda. Daripada minggu ke-36 dan keatas.dia boleh mula menyusu dengan baik. Anda
perlu menyusu sehingga dia berusia lebih kurang 36 minggu. Biarpun bayi anda
belajar untuk menghisap, dia akan berasa letih dengan cepat. Dan ,ia amat baik
bagi seseorang bayi menyusu dengan ibu. Apa yang menarik mengenai penyusuan
badan adalah ia akan berubah mengikut kehendak nutrisi bayi anda dan satu alatan untuk perkembangan bayi anda
pada masa itu.Dengan demikian, keseimbangan nutrient dalam susu badan bagi
pramatang adalah berbeza daripada bayi biasa.
4. Susu saya keluar terlalu cepat
Bayi anda boleh mengagak dan menarik keluar mulutnya
apabila susu anda keluar terlalu cepat dengan kuantiti yang banyak. Sebelum anda
menyusukan anak anda, cubalah tekan puting anda untuk mengeluarkan susu yang
pertama. Jika susu anda masih keluar dengan banyak, cubalah postur berbaring
ketika menyusukan bayi bagi memperlahankan aliran susu. Jika masih meleleh
keluar ,cubalah menyusu dengan sebelah payu dara setiap kali menyusu bayi anda
untuk mengurangkan stimulasi pada payu dara sebelah lagi. Jadi susu dengan
sendiri akan beransur-ansur berkurangan .Jika payu dara sebelah lagi berasa
seakan membengkak,tekan keluar sedikit susu untuk membuatkan ia rasa
selesa. Namun janganlah anda tekan sehingga kekerigan susu.
5. Bayi saya seakan-akan menyukai sebelah payu dara sahaja berbanding dengan payu dara yang sebelah lagi. Adakah normal?
Ia adalah suatu perkara yang biasa berlaku. Anda akan
mendapati pengerluaran susu di payu dara tersebut perlahan jika bayi anda hanya
menyusu di sebelah payu dara sahaja. Ia juga membawa maksud yang anda akan
mempunyai sebelah payudara yang lebih besar sebelah daripada stu lagi! Oleh itu
adalah penting untuk menukar payu dara setiap kali menyusukan bayi
anda. Selalunya mulakan dengan payu dara yang berlainan daripada yang anda
selalu gunakan pada penyusuan sebelum ini.
Kadangkala ,anak anda Cuma lebih selesa dengan
posisi yang tertentu.maka dengan itu, ia mungkin membabitkan sebelah payu dara
sahaja.Jika situasi ini berlaku, anda mungkin ingin mencuba cara football hold iaitu di mana anda yang
berbeza.
6. Bayi saya enggan menyusu badan
Terdapat banyak sebab mengapa bayi anda enggan
menyusu badan yang mana ia juga di panggil nursing
strike. Ia mungkin disebabkan oleh bau deoderon yang anda pakai atau
ubat-ubatan yang boleh membuatkan susu anda rasa berbeza ataupun anak anda baru tumbuh gigi.
Walapun
bayi anda tidak mahu menyusu, anda masih boleh menyediakan susu
untuknya. Biarpun payu dara anda berada dalam keadaan selesa bersama bayi anda
dan baringkan nya ke atas payu dara anda apabila dia tidak lapar jadi dia akan
berasa selesa di situ . Kadangkala bayi yang telah besar yang mana dia telah
mula mengambil makanan pejal mungkin tidak akan meyusu lagi .Namun jangan
bimbang ,anda masih boleh boleh mencampurkan susu anda ke dalam makananya dan
hidangkan kepada meraka.
7. Payu dara saya terasa seakan batu
Kebanyakan mereka yang baru bergelar ibu selalunya mengalami engorgement
(bengkak susu) selama tiga atau empat hari selepas kelahiran. Payudara anda berasa tidak
selesa. Ia membengkak dan sakit jika di sentuh dan merasa sakit dan terasa
seperti batu berada di dalam payu dara anda!
Untuk melegakannya,susukan bayi
anda dengan sekerap yang mungkin. Jika bayi anda sedang tidur ,tekan dan biarkan
susu keluar kerana jika anda biarkan terlalu lama ,Engorgement akan menjadi lebih teruk . Untuk mengurangkan
bengkak,cuba letakkan pad yang sejuk keatas payu dara anda.Sestengah ibu juga
mencuba kubis sejuk dan ia berkesan.
8. Payu dara saya mengalami kemerah-merahan dan sakit. Pada masa yang sama saya mendapat selesema. Apa yang tidak kena dengan diri saya?
Jika payudara anda mengalami
kemerah-merahan,kesakitan dan kekerasan pada payudara serta suhu tubuh yang
meningkat, anda mungkin mengalami mastitis iaitu jangkitan payu dara akibat
bakteria yang menghalang saluran susu anda. Anda perlu dirawat dengan
antibiotic. Dalam masa yang sama ,adalah penting untuk anda meneruskan penyusuan
bagi menghilang jangkitan pada payu dara. Jangan biarkan antibiotic membuatkan
anda berhenti daripada penyusuan bayi.
9. Bayi saya sering menangis. Adakah susu saya tidak mencukupi?
persoalan yang sring kita dengar. Ibu-ibu harus faham kenapa bayi baru lahir sering menangis, bukan sahaja kerana lapar, tepi banyak faktor lain yang mempengaruhinya seperti masih dalam proses mengenali dunia barunya, mungkin tidak selesa dengan cuaca dan sebagainya. perlu anda tahu, saiz perut bayi baru lahir hanya sebesar guli kolostrum sudah memadai. Allah mencipta sebaik-baiknya sesuai dengan keadaan PERFECT!!!
Oleh yang demikian, sekiranya di masa akan datang anda berhadapan dengan
sesiapa sahaja yang mengatakan bayi anda menangis kerana kelaparan
akibat kekurangan susu, anda tidaklah perlu khuatir dan gusar lagi
kerana susu yang anda hasilkan pasti mencukupi untuk keperluan bayi
anda.
Dalam menjayakan sesuatu misi pemikiran yang positive amat dititik beratkan, usaha yang gigih perlu di lakukan supaya tidak menjadi sehangat-hangat taik ayam. Perlu di ingatkan penyusuan susu ibu nampak mudah, tetapi jika kurang ilmu pengetahuan mengenai penyusuan anda akan cepat melatah dan terikut-ikut dengan bisikkan anasir-anasir jahat.
berkat doa dan usaha untuk menyusu inshaaAllah akan berjaya. marilah kita sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu, susu terbaik tiada tandingan, selain berdoa jom sama-sama amalkan Doa banyakkan susu.
No comments :
Post a Comment