Thursday, October 9, 2014

Amalan ibu mengandung: Tips Anak Bijak

Sesungguhnya ciptaan Allah SAW adalah yang terbaik, begitu jugalah dengan ciptaan manusia. Seringkali kita melihat Drama atau sinitron ada anak orang miskin dan kaya, ada yang pandai dan yang kurang pandai. Tidak semestinya anak orang miskin itu bodoh (terpengaruh dengan drama melayu), tetapi itulah hakikatnya. 

Pendidikan seseorang anak bermula dari dalam kandungan lagi. Jadi untuk Mempunyai anak yang bijak adalah bermula dengan Amalan dan ajaran ibu bapa, bukanlah sedia dilahirkan bijak. 



Sebagai ibu bapa yang di beri amanah dan tanggungjawab Allah SAW perlu bertekad dan bersabar supaya dapat melahirkan khalifah didunia ini sebagai seorang cerdik pandai.


Merangsang Minda bayi dari sejak didalam kandungan

Amalan yang merangsang minda bayi dari sejak didalam kandungan ialah seperti berikut:

1. Ibadat Khusus ketika hamil: Doa ketika hamil dan surah amalam ketika hamil.


Baca surah ini setiap kali selepas solat fardhu, digalakkan bapa membaca,menghembus dan mengusap perut ibu setiap hari. Selalu berkomunikasi dengan anak didalam kandungan. 


Selain itu, Ibu rajin-rajinlah mengamalkan surah-surah dia atas supaya zat yang terkandung dalam kalam Allah iaitu kitab Alquran dapat memberi ransangan minda kepada bayi. Selain itu amalan membaca Alquran adalah yang dituntut semasa mengandung supaya menjadi doa dipermudahkan bersalin.

2. Pemakanan yang sihat

Ibu hamil perlu penuhi keperluan nutrisi dalam aspek pemakanan, ini kerana 100% bayi dalam kandungan bergantung dari pengambilan nutrisi ibu. Pasti sumber rezeki yang halal dan bersih. Elakkan pengambilan yang bahayakan bayi. Pastikan setiap makanan ibu terdiri daripada zat vitamin ayng cukup, seperti karbohidrat, zat besi, mineral, protein dan kaya dengan EPA serta DHA. Semasa hamil ada diantara ibu yang hilang selera makan, jadi dengan mengamalkan suplemen atau vitamin adalah sangat digalakkan.

3. Sentuhan Kasih sayang

Belaian kasih sayang dari ibubapa juga turut memberi ransangan minda kepada bayi didalam kandungan. Pada usaia kandungan 6 bulan keatas jadikan amalan ini sebagai rutin harian ibu bapa. Kongsi cerita gembira setiap hari dengan bayi anda. Ucapkan kata-kata ransangan seperti jadi anak yang soleh/solehah dengar cakap ibu dan abah, jadi orang yang mentaati perintah Allah, jauhi perkara yang dimurkai Allah.

4. Kawal emosi

Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

5. Muzik Klasik

Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

6. Latihan Matematik

Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita bukan di suruh untuk mengikut gaya hidup orang yahudi, tetapi mencontohi perkara yang baik.

7. Pengetahuan Asas

Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar aliff-baa-taa, A-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.



“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.


Dapatkan vitamin untuk merangsang bayi bijak dari saya. Kepada pengguna Shaklee dan kepada mereka yang ingin mencuba produk Shaklee, gunakan tanpa was-was. Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.


Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah -panduan belian online

hanya di hujung jari anda.Tempah sekarang dengan klik:


Untuk mendapatkan  HARGA ISTIMEWA



untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia





Wednesday, October 8, 2014

8 Pantang Larang makanan dan minuman awal kehamilan

Kehamilan adalah nikmat yang dikurniakan allah kepada wanita. Diawal kehamilan bakal ibu dinasihatkan supaya behati dari segi di larang membuat kerja berat,jangan mengangkat barangan yang berat, melalukan aktiviti lasak dan sebagainya. Dari aspek permakanan ibu juga harus menitik beratkan, kerana dari permakan juga boleh membuatkan kandungan keguguran. Namun tidak semua wanita terlalu sensitif, ada juga yang tahan lasak kandungan masih selamat.

Penjagaan yang rapi harus di titik beratkan supaya kandungan tidak terjejas di sebabkan kurang ilmu tentang jenis permakanan yang perlu di elakkan ketika usia kandungan masih di peringkat trimester pertama. Sedikit pantang larang pengambilan makan ini demi menjaga tumbesaran jasad di dalam rahim.

Makanan dan minuma yang bersifat berangin,panas dan tajam perlu dielakkan atau jika benar teringin hanya perlu "merasa", kalau tak rasa "mak yong" boleh tak lena tidur malam.

Makanan perlu elak di awal kehamilan

1. Nanas


Sering kali wanita yang baru mendirikan rumah tangga di ingatkan supaya mengelak makanan buah nanas ini kerana sifatnya yang di katakan tajam boleh membuatkan keguguran. Sebenarnya Nanas adalah sejenis buah yang kaya khasiatnya iaitu kaya dengan vitamin c. Ambillah secara sederhana jangan ikutkan nasfu kerana jika vitamin c berlebihan 1000mg/hari boleh mencetuskan masalah kesihatan yang lain bagi mereka yang sensitif.

2. Air Tebu dan air kelapa


Sama seperti makan nanas, Sifat yang di katakan "tajam" penyebab kepada keguguran. Lebih baik hati-hati. Tetapi air kelapa sangat digalakkkan ketika masuk trimester ke tiga khasiat mudah bersalin dan mencantikkan kulit bayi. sejauh mana kebenarannya Wallahu'alam. Pengalama orang tua-tua.

3. Tapai


Makanan yang melalui proses penapaian ini di katakan juga "tajam" jadi elakkan di awal kehamilan. Bagus juga elak makan tapai ketika hamil, ini kerana sifatnya yang manis boelh menyebabkan ibu terkena diabetic ketika hamil pula.

4. Keju Lembut
Keju lembut yang diperbuat dari susu yang tidak di pasteur boleh membiakkab bakteria listerina yang memberi kesan merbahaya kepada ibu dan janin di dalam kandungan. BAkteria listerina ini boleh membawa maut jika sudah merebak dan menjangkiti dan keracunan kepada bayi. Jadi pastikan makan atau beli keju yang di label "telah dipasteur".

5. Telur separuh masak/mentah


Elakkan pengambilan telur separuh masak atau mentah, dikhuatiri kuman salmonella didalam telur menjangkiti bayi didalam kandungan. Elakkan mengambil makanan dari telur mentah seperti kek atau adunan tepung sebelum membuat roti,biskut dan cucur. Pastikan mengunakan telur yag telah dipastuer.

6. Minuman dan Makann yang berkafein


Had kan pengambilan kafien hanya 200mg sehari bagi ibu hamil yang benar-benar memerlukannya. kafien bukan hanya terdapat didalam kopi mlah terdapat didalam minuman berkarbonat, teh dan coklat. kafien akan menjejaskan berat bayi dalam kandungan ia juga berisiko keguguran bayi, kelahiran pramatang dan semestinya mengganggu penyerapan zat besi yang diperlukan ibu dan bayi didalam kandungan.

7. Alkohol, minuman bergas dan makanan ringan
Dilahirkan ISLAM, jadi Alkohol sudah semestinya dilarang sama sekali. HARAM hukumnya sudah pasti mengundang banyak keburukkan dan tiada langsung kebaikkannya. Secara klinikal alkohol boleh menyebabkan kecacatan janin dan masalah emosi bayi yang dikandung.

minuman bergas iaitu air bikarbonat mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tidak seimbang. Risiko ibu hamil untuk mendapat kencing manis adalah tinggi.

makanan ringan kalau boleh elakkan pengambillannya, ini kerana kendungan MSG yang tinggi adalah tidak memberi apa-apa manfaat kepada ibu dan bayi.

8. Ikan bermekuri tinggi
Ikan adalah sumber protein yang kita ambil setiap hari. Namun pengambilan ikan yang tinggi merkuri boleh merosakkan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak dan melebihi had. 

ikan yang mengandungi merkuri sederhana (mengandungi merkuri 0.09-0.29 ppm)
jenis ikan ini boleh diambil 6X atau kurang dalam masa 1bulan

kesimpualannya ibu hamil harus menitik beratkan nutrisi yang diambil. Makan makan yang betul-betul dimasak sempurna supaya bakteria dapat dibunuh. Untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang tanpa ragu-ragu anda boleh mengamalkan suplemen,

suplemen atau vitamin untuk ibu hamil shaklee adalah lengkap apa yang diperlukan oleh ibu hamil. Khasiat suplemen shaklee Set Untuk Ibu Hamil trimester 1, 2 dan 3



Kepada pengguna Shaklee dan kepada mereka yang ingin mencuba produk Shaklee, gunakan tanpa was-was. Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.


Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah -panduan belian online

hanya di hujung jari anda.Tempah sekarang dengan klik:


Untuk mendapatkan  HARGA ISTIMEWA



untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia


Sunday, October 5, 2014

Waktu sesuai buat ujian kehamilan

Anda yang mencari maklumat Bilakah waktu yang sesuai membuat ujian kehamilan sudah tentunya sedang berdebar menanti kehadiran cahaya mata setelah mendirikan rumah tangga. Bagi anda yang baharu kahwin sudah semestinya tiada pengalaman dan mungkin juga anda yang buat pertama kalinya hamil tetapi masih tercari-cari maklumat. Ikuti pengalaman dan kupasan tentang waktu yang paling sesuai untuk melakukan ujian kehamilan ini.

Info yang anda harus tahu ketika anda ingin membuat ujian kehamilan ialah salah satunya tanda wanita hamil yang paling ketara ialah lewat datang bulan (haid/period) pada tarikh yang sepatutnya. Waktu yang paling sesuai untuk anda lakukan ujian kehamilan adalah selepas 1 atau 2 minggu setelah lewat haid. 

Namun begitu jika anda mempunyai naluri yang kuat mengatakan anda hamil dan ingin memastikannya dengan melakukan ujian kehamilan sejurus terlewat sehari atau dua tiga hari dari tarikh sepatutnya juga boleh dilakukan, tetapi di kuatiri keputusan tidak boleh di baca oleh alat ujian kehamilan (urine pregnant test).



Gambar ujian kehamilan yang kabur
Seperti pengalaman saya anak pertama dan kedua saya lakukan ujian kehamilan sendiri dengan menggunakan UPT kits di rumah setelah lewat

20 Tanda awal kehamilan

Tanda awal kehamilan sebelum disahkan hamil setiap orang adalah berbeza, namun begitu saya pasti dalam senarai 20 tanda kehamilan separuh daripadanya anda akan mengalaminya. Bagi mereka yang merancang kehamilan tanda-tanda kehamilan ini menjadi tanda tanya sebelum anda disahkan hamil oleh doktor.

Ikuti kupasan 20 tanda awal kehamilan yang sering dirasakan wanita hamil.

1. Payudara Bengkak dan lembut

Bahagian payudara merupakan bahagian yang sensitif, payudara akan menjadi bengkak dan lembut, hal ini akan membuatkan kawasan aerola menjadi sedikit sakit kerana berdenyut-denyut. Warna bahagian puting/aerola juga akan bertukar menjadi sedikit gelap. Namun begitu tidak semua wanita mengalami atau merasakan gejala ini.

2. Mual atau loya (Morning Sickness)

Mual atau berasa loya adalah gejala kehamilan yang paling umum. Rasa mual itu terjadi karana peningkatan hormon hCG (Human Chorionic Gonadotrophin). Peningkatan hormon hCG ini menyebabkan kesan pedih pada lapisan perut sehingga menimbulkan rasa mual. Biasanya rasa mual ini akan pergi seiring Anda memasuki trimester kedua kehamilan. Selain mual, Anda juga merasa lebih sensitif pada bau tertentu. Sejumlah peneliti menduga, gejala ini terjadi agar wanita hamil tidak mudah makan sembarangan sehingga melindungi bayi dari racun yang berbahaya. Rasa mual ini bergantung kepada hormon seseorang, ada yang mengalami sehingga bersalin.

3. Kerap buang air kecil (kencing)

Saat hamil, janin yang tumbuh di rahim akan menekan pundi kencing sehingga frekuensi buang air kecil pun akan bertambah. Kandung pundi kencing juga lebih cepat dipenuhi urine dan keinginan untuk buang air kecil menjadi lebih kerap.

4. Kelewatan Haid

Salah satu tanda kehamilan yang paling jelas adalah terlambat datang bulan.



Namun tidak semua keterlambatan tersebut diertikan sebagai kehamilan. Kelewatan haid juga boleh berlaku jika keadaan diri dalam keadaan tertekan/stress, diet atau gangguan hormon

Friday, September 26, 2014

Resepi Aiskrim Vanilla Mealshake

Ini bukan blog masakan, tetapi blog kesihatan. jadi saya kongsi resepi aiskrim yang kaya vitamin. 
Nak kongsi buat Aiskrim vanilla super sedap!! Jimat berkhasiat,xperlu beli dah...wajib cuba ya!

Sesuai utk anak-anak yang picky eater...bagi makan Aiskrim kaya vitamin ni. Makin meningkat selera makanan anak-anak. selain itu dengan aiskrim vanilla dapat mengubati banyak penyakit.  Penyakit seperti bengkak tonsil, ulsel mulut, batuk, sakit tekak dan penyakit berkaintan mulut.

Dengan aiskrim vanilla mealshake sudah tentu khasiatnya berganda. 






15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

✔Kurangkan Ekzema
✔Untuk Tumbesaran
✔Untuk Perkembangan Minda
✔Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
✔Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
✔Untuk Anak kekal aktif
✔Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
✔Meningkatkan berat badan anak
✔Membantu anak fokus
✔Membantu kurangkan kekerapan asthma
✔Mengatasi masalah sembelit pada anak
Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
✔Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
✔Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
✔Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

APA KANDUNGAN MEAL SHAKE?

Meal Shake mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

✔Meal Shake mengandungi anti oksidan iaitu vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan juga anti penuaan.
✔Meal Shake mengandungi protein untuk membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan darah.
✔Meal Shake mengandungi vitamin B yang lengkap untuk membina sel-sel darah merah yang sihat.
✔Meal Shake mengandungi fiber atau serat yg memberikan rasa kenyang ketika lapar terutamanya dipagi hari. Juga membantu melawaskan pembuangan air besar bagi mereka yang mengalami sembelit.
✔Meal Shake mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan megnasium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.


Ready stock available
tak cuba rugi....dah cuba pasti jatuh hati....
Nak beli? mudah je.. hanya di hujung jari anda dan sampai hingga kedepan pintu rumah.


Bagaimana untuk mendapatkan  HARGA ISTIMEWA less 20%

untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.
pos keseluruh Malaysia

Saturday, August 23, 2014

Petua hilangkan Jeragat

Jeragat menyebabkan muka nampak kusam dan gelap. Jeragat terhasil apabila umur meningkat ke 40 tahun keatas. Ramai yang risau akan kehadiran Jeragat ini. langkah Awal perlu di ambil bagi menghindari jeragat menyerang anda. Anda perlu mengenal pasti bagaimana jeragat boleh merebak di wajah anda.



Risiko terjadinya jeragat ini paling tinggi untuk kaum wanita muda dengan nada kulit keperangan, sawo matang dan kuning langsat. Antara faktor utama yang menyebabkan jeragat adalah:
  • Cahaya matahari terik berlebihan samaada secara langsung atau tidak
  • Pengambilan ubat hormon terutamanya ubat perancang.
  • Penggunaan kosmetik atau rawatan kulit yang tidak sesuai
  • Keturunan
  • Selain itu, asalah jeragat boleh juga disebabkan oleh kesan penggunaan alat mekap yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.Di samping itu jeragat boleh terjadi disebabkan oleh masalah pada limpa.

Feel Free to share