Sunday, May 18, 2014

Tip Menyusukan Bayi Dengan Berkesan

Alhamdulillah, masih dalam mood berpantang anak kedua dan sangat sangat bersyukur masih di murahkan rezeki dengan susu badan untuk meyusu anak kedua ini. 

kakak dan adik: permata hati ibu dan abah

Niat kali ni ingin menyusu sepenuhnya susu ibu sehingga Adwa Muhammad berumur 2tahun, Anak pertama saya Dea Aleesya sepenuhnya susu badan selama 1 tahun 2 bulan. Terpaksa di beri susu formula kerana saya sedang mengandungkan Adwa itu pun sehingga kandungan 4bulan baru betul-betul dapat putus susu ibu. 

untuk penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun ilmu yang banyak harus di timba, jangan sia-siakan rezeki titisan emas yang sangat bernilai untuk si manja. dari itu jom ikuti bagaimana menyusukan bayi anda dengan berkesan.

penyusuan susu ibu secara amnya mempunyai tiga prinsip umum yang mudah iaitu:
  1. Beri susu seawal yang boleh , sebaiknya dalam jam pertama selepas bersalin.
  2. Berikan susu dengan kerap kerana susu ibu dibekalkan atas dasar pembekalan dan permintaan. Jika lebih susu diperlukan, maka lebih susu akan dihasilkan.
  3. Penyusuan yang betul adalah dengan memastikan bayi akan menghisap dengan betul dan gilirkan penyusuan diantara kedua-dua belah payu dara.


PERSEDIAAN  UNTUK  MENYUSUKAN BAYI ANDA

Menurut bidan terlatih dan pakar perunding laktasi, Christie Choong, “bagi memastikan bekalan suu yang mencukupi,setiap ibu perlu mengambil makanan yang seimbang. Menyusukan bayi mungkin membuatkan anda berasa lebih lapar dan dahaga kerana anda memerlukan 300 hingga 400 kalori tambahan setiap hari.

Oleh itu, pastikan anda makan sesuatu dari empat kumpulan makanan 
  1. Berkanji (mee,nasi atau pasta),
  2. Produk tenusu (susu, yogurt,keju),
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran  
  4. Protein (daging , ikan kacang ,bijian dan lentil.)


Selain daripada itu juga, terdapat makanan yang harus anda elakkan terutamanya jika keluarga anda mempunyai sajian alahan  makanan ini termasuklah kafein (minuman berkabonat,kopi,teh) alcohol,bawang putih, coklat halia , bunga kobis,kobis,kobis Brussels dan kacang tanah.

namun begitu, jika masih dalam berpantang ibu-ibu terpaksa skip banyak makanan, jadi pengambilan suplemen atau makanan tambahan sangat di galakkan. Klik SINI untuk set suplemen ketika berpantang. Suplemen sangat penting untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat dan memberi susu yang berkhasiat untuk bayi anda.

Pastikan anda meminum air dengan banyak. Lazimnya , untuk memastikan yang anda telah mminum air dengan banyak, air kencing anda akan berwarna kuning cair. Jika air kencing anda berwarna sangat kuning, ini menandakan anda perlu meminum lebih banyak air. 

Dapatkan rehat  yang secukupnya , sama ada dari segi mental dan fizikal kerana ia juga penting untuk memastikan pengaliran susu yang lancar.


PERNYUSUAN YANG BERKESAN

Penyusuan yang berkesan ialah bergantung kepada persediaan dan perlaksanaan  penyusuan yang betul oleh setiap ibu kepada bayinya. Aspek -aspek  seperti keselesaan , kedudukan mulut bayi dengan putting,cara memegang bayi dan bagaimana cara memasukkan dan mengeluarkan puting dari mulut memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyusuan yang Berjaya.

Photo: Saat menyusukan anak adalah moment terindah.. Makin kerap menyusu makin banyak susu... "Production base on demand"

Anugerah titisan emas...
Alhamdulillah... Rezeki anak bujangku.. 

Namun ada saja ibu2 yg ckp susu kurang,tak dapat nak susukan anak...rezeki masing2... Tak faham situasi yg terpaksa stop bf..

Terpulang..pilihan di tgn anda.... 
Tp bg yang sungguh2 berusaha dan mahukan yg terbaik utk anak anda,sila la jgn bg 1001 alasan... 

#Milkbooster
#Alfalfa 
#Esp
#shaklee 
Pesanan di taja oleh: www.suplemensihat2u.blogspot.com


SELESA DAN TENANG

Sebelum anda mula menusukan bayi, anda perlu memastikan yang anda duduk dan berada dalam kedudukan yang selesa terlebih dahulu. Anda bleh bersandar sama ada di atas katil atau kerusi . lebih sesuai  jika diletakan kusyen atau bantal di bahagian belakang dan pinggang anda serta lunjurkan  kaki  agar anda berasa  selesa. Ampu badan dengan bantal supaya anda tidak terlalu menunduk  yang mana ia akan menyebabkan anda menjadi  mudah lenguh. Keadaan sekelilling perlulah tenteram kerana anda mungkin perlu menyusu lebih daripada  setengah jam.

Ibu yang menyusukan anak juga haruslah berada didalam keadaan yang tenang. Fikiran yang bererabut akan membuatkan si ibu kurang sabar dan bosan. Lupakan dulu perkara-perkara yang boleh menimbulkan perasaan rungsing dan resah hati  semasa menyusukan bayi anda. Jika keluarga yang lain untuk melakukan perkara lain yang perlu anda lakukan ketika itu.

KEDUDUKAN  MULUT BAYI


Pegang bayi dengan selesa dan rapatkan payu dara menghadap badan ibu. Dada bayi perlulah menghadap dada dan dagunya perlu berada di atas payu dara. Picit puting agar keluar beberapa titis kolostrum bagi membolehkan bayi merasa  atau menghidunya.

Ampu payu dara dengan sebelah tangan dan sentuh bibir bayi dengan lembut dengan menggunakan puting. Ibu juga wajar menghalakan mulut bayi ke puting agar dia tahu yang dia mahu disusukan. Dengan ara ini, bayi akan membuka mulutnya. Beberapa minit kemudian, mulutnya akan terbuka lebih luas. Selepas itu, baru anda masukkan putting secara perlahan-lahan ke dalam mulutnya. Masukkan sebahagian besar areola ke dalam mulutnya.

Peluk bayi rapat ke badan anda. Sesuaikan kedudukan bayi agar bayi dapat menghsap
puting dengan cermat dan betul. Jika perlu, Alaslah lengan anda dengan bantal. Jika melebihi
20 hingga 30 minit , anda bolehlah menukar penyusuan payu dara yang sebelah lagi.

CARA BERHENTI DENGAN BETUL

Untuk menghentikan penyusuan, cuba tekan perlahan-lahan payu dara dari sebelah sudut mulut bayi dengan jari kelingking agar ia dapat menyangga antara gusi bayi. Tarik perlahan-lahan  puting anda  untuk mengelakkan rasa perit atau melecet. Anda boleh menyambung menyusui  bayi anda di payu dara yang sebelah lagi. Mulakan setiap penyusuan daripada bahagian terakhir yang dihentikan. Jika anda terasa sakit, mungkin ada langkah anda yang tidak betul.

Ibu muda yang pertama kali ingin menyusukan bayi anda jangan panik, banyakkan membaca dan menimba ilmu supaya bila berhadapan dengan situasi sebenar anda tidak cepat melatah memberi anak anda minum selain dari susu ibu di saat kelahiran.





untuk info lanjut JOM hubungi saya:
SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.



Monday, May 12, 2014

Haid tidak teratur

ketahui Kitaran Haid dan proses persenyawaan

Penulisan saya pada kali ini saya percaya semua pernah mempelajarinya sewaktu di bangku sekolah sekitar tingkatan 1 2 dan 3 dalam subjek sains. Namun begitu masih ramai yang belum memahami sepenuhnya atau pun sudah terlupa barang kali. Jom ikuti saya mengupas topic ini supaya anda mengenali diri anda!

Pembentukan telur

Telur atau benih yang terdapat dalam ovary seseorang wanita terbentuk sejak dari dalam Rahim lagi (dari dalam kandungan ibunya lagi). Ketika kandungan 5 bulan, terdapat 7 juta benih  atau telur di dalam ovarinya ( untuk bayi perempuan). Kebanyakkan telur ini akan berkurangan (mati) dalam proses pembesaran bayi tersebut.

Hanya satu atau dua juta telur sahaja yang kekal semasa bayi perempuan itu di lahirkan. Namum begitu, ketika seseorang perempuan itu mencapai tahap akil baligh hanya 250 000 telur sahaja yang akan kekal. Selebihnya akan mati atau musnah/hilang ketika seseorang perempuan melalui proses tumbesaran.

Telur akan membesar dan di bebaskan setiap bulan secara bergilir-gilir setiap ovary sama ada kiri atau kanan dan masuk ke tiub fallopio. Sekiranya tiada persenyawaan telur telur tersebut akan mati dan di singkirkan bersama darah haid.

Penjelesan di atas adalah teori di mana apabila hamil pada usia yang lewat boleh mempengaruhi berlakunya keguguran atau kecacatan kepada bayi yang di kandung. Keguguran berlaku berpunca daripada kandngan yang tidak sihat atau kromosom yang abnormal. Sekiranya seseorang wanita itu hamil pada usia 40tahun, maka telurnya juga berusia 40 tahun!

Kitaran haid

Hormon pogresteron dan hormone estrogen di hasilkan oleh kedua-kedua kilang telur dan ini mempengaruhi kitaran haid seseorang wanita. Dua lagi hormone yang di hasilkan dari kelenjar pituitary yang terletak di otak turut mempengaruhi kitaran hormone LH (Luteinizing Hormone) dan FSH (follicle Stimulating Hormone).

Selepas haid tamat, penghasilan hormone estrogen di ovary menyebakan penebalan pada lapisan Rahim. Bersama-sama hormone progestron didinding Rahim akan tebal dan sesuai untuk proses implimentasi oleh emrion (jika berlaku proses persenyawaan) selepas hari ke 14 kitaran haid.

Kenali diri ANDA! Kitaran haid seseorang wanita tidak sama, majority mempunyai kitaran haid selama 28 hari.  Walaubagaimanapun kitaran haid 21 hari sehingga 35 hari adalah di anggap masih normal. Jika seseorang wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari maka hari suburnya di anggar pada hari ke 14 lepas hari pertama darah haid keluar. 

Contoh pengiraan hari subur:

Hari pertama haid = 1 Jan 2014
Hari haid seterusnya = 30 Jan 2014 (kitaran haid yang di alami selama 30 hari)
Hari Subur = 30hari / 2 = 15 ( maka hari subur adalah pada hari ke-15 dari hari pertama haid )

namun begitu masalah haid tidak teratur mempengaruhi proses kehamilan.

Jika tiada proses persenyawaan berlaku, dinding Rahim yang semakin menebal dan berat akan runtuh dan keluar sebagai  darah haid pada penghujung kitaran haid iaitu pada hari ke-28.

Proses persenyawaan

Jangka hayat Telur (ovum) hanyalah 24jam, jika selepas 24jam telur di bebaskan dan tiada persenyawaan berlaku maka Telur tersebut akan mati. Jadi jika anda merancang untuk hamil waktu subur anda adalah sangat penting untuk anda jangkakan. Kitaran haid yang teratur mudah untuk anda ketahui waktu subur dan merancang kehamilan anda.

Semasa proses persetubuhan berlaku, sperma akan di lepaskan berjuta-juta tetapi hanya satu yang akan Berjaya menawan telur dan di senyawakan lalu membentuk zigot dan seterusnya emrio. Selepas 5 hari di senyawakan embrio akan tertanam (implantation)  dalam lapisan dinding Rahim, dan mungkin akan menyebakan berlaku sedikit pendarahan.


Adakah saya hamil?


Ujian untuk mengetahui sekiranya anda hamil boleh di lakukan melalui ujian air kencing (urine test) dengan menggunakan kit penegesan kehamilan melalui UPT (urine prengnant test). Dengan ujian ni kehamilan dapat di kesan seawal sejurus kitaran haid lewat (5 minggu selepas hari pertama haid). Ujian ini bertujuan untuk mengesan hormone HCG (human gonadotropic hormone) yang terdapat dalam air kencing wanita hamil (di bebaskan oleh sel-sel embrio). 

Dua line menunjukkan positif hamil dan sebaliknya untuk 1 line.


Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain.


selain berusaha melalui pengambilan suplemen kita sebagai umat islam harus percaya dan terus berdoa dengan usaha kita, maka jangan lupa untuk berdoa. berikut adalah potongan doa untuk mendapat zuriat.



untuk info lanjut JOM hubungi saya:
SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.


Saturday, May 10, 2014

Nyah toksin dari tubuh secara semulajadi

Toksin berlebihan dalam tubuh badan kita berpunca daripada kehidupan seharian kita yang terdedah kepada bahan kimia melalui pelbagai sumber seperti udara, pemakanan dan air. Tanpa perlindungan dan pencegahan sewajarnya ia akan memberi kesan yang tidak sihat kepada tubuh badan kita dan menganggu sistem semulajadi tubuh. Melalui proses detoksifikasi kita boleh menyingkir toksin dalam tubuh dan mengembalikan kesegaran dan kisihatan.

Punca toksin berlebihan dalam tubuh badan

Toksin berpunca daripada terkumpul bahan kimia dalam badan kita yang terlalu banyak. Toksin ini berasal daripada racun pestisid, udara yang di cemari dari asao rokok dan kenderaan meresap ke dalam sel badan dan merosakkan tisu organ sistem imum badan bertindak melawan menerusi proses homeostasis dan mengeluarkan menerusi proses perspirasi, air liur, najis,haid,tahi telinga, hingus dan tahi mata.

Ini merupakan tindakkan pertama tubuh terhadap toksin. Jika sistem imun tidak boleh mengendali toksin, badan akan mewujudkan ruang penyimpan di luar sel untuk toksin. Denagn cara ini, badan tidak membenarkan toksin dalam sel  di mana ia boleh membenarkan toksin dalam sel di mana ia boleh melakukan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki.

Jika toksin menembusi sel DNA dan menyebabkan organ gagal berfungsi seperti penyakit Alzheimer, sirosis hati, serangan jantung dan mati pucuk. ,alah tidak mustahil boleh menyebabkan kanser.

Tanda Toksin berlebihan dalam tubuh

Toksin yang berlebihan akan memberi signal melalui pelbagai masalah kesihatan seperti:
·         resedung pada waktu pagi,
·         lenguh-lenguh sendi,
·         pening dan sakit kepala tanpa sebab,
·         tumbuh ruam pada kulit,
·         obesity (apabila proses penurunan berat badan tidak Berjaya walaupun telah berusaha dengan diet yang seimbang)
oleh itu ayuh! Memulakan proses detoksifikasi untuk membuang toksin berlebihan dan membina tubuh badan yang sihat.

10 langkah detoks:

Langkah 1: minum air dalam jumlah yang banyak

Air adalah penyembuh kepada banyak penyakit, saranan minum air 2 hingga 3 liter sehari membantu menyingkirkan longgokkan toksin dalam badan. Air bertindak sebagai ajen yang mengalirkan ke dalam darah yang akan mengangkut toksin keluar menerusi ginjal sebagai air kencing. Proses ini akan mencuci kotoran dalam darah dengan mudah, semakin banyak air semakin cepat dan cekap proses nyah toksin berlaku.

Langkah 2: Hadkan pengambilan bahan kimia

Dalam proses nyah toksin ini, anda di sarankan untuk menghadkan pengambilan sebarang bentuk makanan atau ubatan yang mengandungi bahan kimia, terutamanya ubat tahan sakit (painkiller) yang memberi impak yang negative kepada hati.

Langkah 3: Elakkan makan berproses

Makanan yang berproses sudah semestinya mempunyai / mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna yang menganggu proses nyah toksin yang sedang di jalankan.
  • ·         Biskut
  • ·         Burger
  • ·         Kek
  • ·         Makanan dalam tin
  • ·         Minuman jus (kotak) 

Langkah 4: Hadkan pengambilan kafien

Kafien seperti kopi, coklat, the perlu di elakkan kerana is akan menyebabkan ketagihan kepada makanan yang manis. Had pengambilan makanan atau minuman yg berkafien tidak elebihi 250mg sehari.

Langkah 5: hindari makanan bergula/manis

Elakkan mengambil gula berproses  kerana ia melambatkan proses detoks.selain itu,gula juga boleh menyebabkan ketagihan yang menyukarkan anda untuk menolak makanan yang manis dalam mejalankan pemakanan yang seimbang.gantikan gula putih berproses dengan pemanis semaula jadi seperti manisan buah-buahan,madu,stevie dan nectar.

Langkah 6:Bersenam

Jangan lupa untuk bersenam. Melalui senaman yang dilakukan secara berkala,anda boleh mengeluarkan toksin menerusi peluh.cuba senaman dalam jangka masa sejam sehari seperti jogging,aerobic atau berjalan cepat.

Langkah 7:Banyak memakan sayur-sayuran

Ambil sajian sayur-sayuran yang mampu menghambat toksin dalam badan.Sayur seperti brokoli,tauge,dan bunga kubis serta bawang besar elok di amal kan dalam tempoh detosifikasi ini.selain itu ,sayur berdaun hijau seperti bayam,kangkung,sawi serta sayur berwarna gelap seperti terung,kentang,lada benggala dan tomato juga menambah variasi menu anda.

Langkah 8: Makanan berserat tinggi

Makanan berserat jangan dilupakan . Anda boleh mengambil oat, beras perang sebagai mengantikan nasi putih,mee atau pasta.

Langkah 9:Buah-buahan dan kekacang

Gantikankan kudapan anda yang bermiyak dan kurang sihat itu dengan buah-buahan segar.jika bosan mengunyahnya,anda boleh mengisarnya menjadi jus tetapi jngan menambah ula didalamnya.elain buah-buahan segar,anda juga boleh mengambil buah-buahan kering seperti kismis kurma yang tidak diproses dalam kuantiti yang kecil.selain itu,anda boleh mengambil kekacang seperti badam,walnut,biji bunga matahari dan biji labu,bijan yang dipanggang tanpa garam dan gula.isi kelapa muda juga pilihan kudapan semula jadi juga boleh membantu proses detoks anda!

Langkah 10:Minuman sihat

Jika bosan meminum air kosong,anda juga boleh meminum the hijau,susu,air kelapa,air yang dicampur perahan lemon dalam kuantiti yang sederhana.


selain itu, ada cara lain untuk detox secara semulajadi dengan pengambilan suplemen semulajadi dari shaklee. berikut adalah senarai produk shaklee yang bertindak untuk proses nyah toksin secara semulajadi: 




Alfalfa complex (Detok seluruh tubuh) :"raja sehala tumbuhan" - herba yang kaya dengan dengan pelbagai nutrisi, membantu menyah toksin secara semulajadi dan menyeluruh seluruh tubuh badan. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol dan banyak lagi.

DTX complex (Detox Hati): Campuran 6 herbal yang terkenal dalam kesihatan hati - biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. membantu mengekalkan aliran hempedu, membina sel -sel hati, ,meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati dari toksin dan merawat masalah hati

garlic (Detox darah): Di buat daripada bawang putih premium yang dirumus khas bersma ekstrak herba rosemary dan spearmint. membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah,antibiotic semulajadi.

Herbalax ( Detox usus): membantu membersihakan usus dari najis yang tersekat lama, melegakan sembelit.


untuk info lanjut JOM hubungi saya:

SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

Feel Free to share