Thursday, April 24, 2014

BAHAYA TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN


Pada tahun 2005, 14% daripada kematian selepas bersalin di Malaysia adalah di sebabkan kes tumpah darah. pengesahan awal dan pengetahuan adalah antara faktor penting menjadikan kejadian ini menurun daripada 27% pada 15 tahun sebelumnya.


Apakah kaitan TAJ MAHAL dengan TUMPAH DARAH?

pada tahun 1630 Masihi, permaisuri mumtaz telah melahirkan cahaya mata yang ke 14, tetapi malangnya baginda mengalami tumpah darah dan mengakibatkan kematian. sebagai tanda cintanya kepada isteri Maharaja India Shah Jehan telah membina makam yang indah iaitu Taj Mahal dan di sebalik Binaan tersebut menjadi peringatan kepada kita semua.

Pendarahan yang banyak selepas bersalin di kenali sebagai tumpah darah juga didalam istilah perubatan kenali sebagai post-partum hemorrhage. Dari sudut perubatan tumpah darah terbahagi kepada dua, iaitu primer dan sekunder. Jumlah darah yang biasa dikatakan tumpah darah ialah oendarah melebihi 0.5 liter untuk bersalin normal dan 1 liter untuk bersalin secara pembedahan.

PUNCA PENDARAHAN

Pendarahan jenis Primer (awal) berlaku dalam tempoh 24jam pertama selepas bersalin iaitu ketika masih berada di hospital. 

1. Berlaku di sebabkan oleh rahim tidak dapat mengecut dengan baik, biarpun anda sudah disuntik dengan ubat khas bagi menyempurnakan pengecutan rahim (uterine atony).

2. Uri atau sebahagian cebisan Uri, masih tertinggal di dalam rahim. ketahuilah sekiranya uri tidak di keluarkan dengansebaik baiknya, pendarahan akan terus berlakudan boleh memudaratkan diri.

3. luka besar yang di alami di bahagian pangkal rahim, faraj atau di sepanjang saluran peranakkan.

4. penyakit sukar beku akibat tahap platlet yang rendah (thrombocytoperial).

Bagi pendarahan jenis sekunder (lewat) berlaku antara tempoh 24jam sehingga 6 minggu selepas bersalin.

5. Sebahagian cebisan Uri, masih tertinggal di dalam rahim. sama seperti pendarahan primer, hal in sama berlaku jenis pendarahan sekunder di mana cebisan uri tersebut membuatkan diri anda di ambang bahaya.

6. Jangkitan kuman di dalam rahim (endometritis).

FAKTOR BERLAKU PENDARAHAN

Merujuk kepada faktor risiko berlakunya tumpah darah bahawa wanita mengandung yang mengalami masalah anemia (iaitu kekurangan Hemoglobin atau sel darah merah) amat mudah untuk mengalaminya.

1. Tahap Hemoglobin (Hb) kurang dari 10 adalah di bawah paras bahaya. tahap normal ialah dia atas 11.5.

2. Uri berada di bawah (placenta privia)

3. penghidap  thalasemia (penyakit genetik yang tidak boleh membentuk Hb)

Bagaimana meningkatkan paras Hemoglobin (Hb)?

Makan makanan yang tinggi kandungan Zat Besi:

  • Dari sumber Daging (lembu, ayam etc)
  • Sayuran Hijau (bayam, sawi etc)
  • kerang 
  • ikan bilis

Jangan mengambil pil tambah darah bersama air susu (sumber tenusu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin.
  • Sebaiknya ambil bersama air masak atau air buah-buahan
  • Hb akan bertambah 1g/dL sekiranya kita ,mengambil vitamin selama 10-14 hari secara konsisten. 
Namun begitu,anda diberi pilihan atau jaan mudah bagi menyelesaikan masalah ini. Vita-Lea Iron Formula dihasilkan bertujuan khas untuk mengatasi masalah Hb low dan anemia. Pengambilan Vita-Lea, B complex dan Vitamin C mengoptimumkan lagi penyerapan  zat besi dalam darah.




SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

No comments :

Feel Free to share