Alhamdulillah dapat lagi jari saya berdansa di keyboard lappy selepas sebulan berpuasa dan beraya. Hari ini saya ingin berkongsi "kisah sedih saya dan shaklee".kenapa? ingat join shaklee sebab saya gembira? bermula kisah saya dan shaklee adalah permulaan yang sedih.
sedih bagaimana? mungkin semua orang di luar sana tidak pernah sangka sebalik saya berdiri di dalam organisasi shaklee ada kisah sedih yang tidak mungkin saya lupakan. kisah ini pada mulanya hanya menjadi rahsia saya, sebab saya sangat malu, malu dengan diri sendiri. Jadi hari ini tidak lagi menjadi rahsia, saya akan kongsi bagaimana permulaan shaklee saya.
kisah latar belakang saya boleh rujuk di ABOUT ME. Berapa ramai graduan yang memilih untuk menjadi surirumah? mungkin ramai, tetapi di sebabkan kekangan hidup masa kini untuk menampung dan sara hidup keluarga terpaksa berkerja. Saya pada mulanya memang sangat rasa rendah diri dengan pilihan yang telah di buat. Malu bila "cik kiah, mak jah, pak long" (bukan watak sebenar) asyik bertanya tak kerja? ada juga yang menyindir, "belajar tinggi-tinggi, dapat pointer tinggi tak kemana, ceruk dapur juga" pada mulanya memang buat saya rasa sangat sedih. Bila mengenangkan "cakap orang" memang buat saya rasa perlu buat sesuatu. Tambahan asyik kena perli di musim perayaan, nasib telinga dah kebal.

