Thursday, August 7, 2014

KISAH SEDIH SAYA DAN SHAKLEE

Assalamualaikum
Alhamdulillah dapat lagi jari saya berdansa di keyboard lappy selepas sebulan berpuasa dan beraya. Hari ini saya ingin berkongsi "kisah sedih saya dan shaklee".kenapa? ingat join shaklee sebab saya gembira? bermula kisah saya dan shaklee adalah permulaan yang sedih.

sedih bagaimana? mungkin semua orang di luar sana tidak pernah sangka sebalik saya berdiri di dalam organisasi shaklee ada kisah sedih yang tidak mungkin saya lupakan. kisah ini pada mulanya hanya menjadi rahsia saya, sebab saya sangat malu, malu dengan diri sendiri. Jadi hari ini tidak lagi menjadi rahsia, saya akan kongsi bagaimana permulaan shaklee saya.

kisah latar belakang saya boleh rujuk di ABOUT ME. Berapa ramai graduan yang memilih untuk menjadi surirumah? mungkin ramai, tetapi di sebabkan kekangan hidup masa kini untuk menampung dan sara hidup keluarga terpaksa berkerja. Saya pada mulanya memang sangat rasa rendah diri dengan pilihan yang telah di buat. Malu bila "cik kiah, mak jah, pak long" (bukan watak sebenar) asyik bertanya tak kerja? ada juga yang menyindir, "belajar tinggi-tinggi, dapat pointer tinggi tak kemana, ceruk dapur juga" pada mulanya memang buat saya rasa sangat sedih. Bila mengenangkan "cakap orang" memang buat saya rasa perlu buat sesuatu. Tambahan asyik kena perli di musim perayaan, nasib telinga dah kebal.

Seperti yang saya kata, saya bingung memikirkan bagaimana nak mulakan business, business apa? modal bagaimana? banyak factor yang saya fikir maka terhenti niat nak mulakan business. Sehinggalah Allah mendorong saya dengan sakit gigi ketika hamil anak kedua. Lalu saya bercerita kepada sahabat kelab "KIH" (close group whatsapp) ramai yang cadang ambil ostematrik shaklee. Walaupun harga ostematrik tu harga mampu milik, Tapi apakan daya apabila tidak bekerja, duit yang ada baik guna yang lebih penting. Sakit gigi masih mampu bertahan.

Sehinggalah betul-betul rasa saya perlu buat sesuatu untuk diri dan keluarga, memandangkan hamil anak kedua, terfikir juga bagaimana nak kehidupan yang lebih baik nak bantu suami. "PUSH FACTOR" beranikan diri mencuba, Duit pendaftaran RM75 saya berhutang dari kakak saya (Malu juga nak kongsi...tak ada modal sendiri). Daftar diam-diam tanpa pengetahuan suami, tak nak menyusahkan dia dan risau business tak menjadi. Belum mula dah fikir negative! tapi saya buang jauh-jauh rasa itu dan terus melangkah selepas pendaftaran.

Saya bersyukur selepas pendaftaran saya terus share tentang shaklee dengan kawan-kawan dan keluarga. Mereka tunjang permulaan business saya Alhamdulillah saya bertapak dan bermula dengan baik. Saya mempunyai impian BESAR dalam shaklee dan tiada yang mustahil. kisah 5 Bulan pertama saya dengan shaklee

Siapa sangka modal pendaftaran RM75 berstatus hutang, dapat beranak pinak dan tiada langsung kerugian, Malah setiap bulan bonus dari hasil jualan meningkat saban bulan (hutang pendaftaran dah langsai dah) terima kasih kak ngah. Dari tiada langsung sumber pendapatan, kini saya telah mencapai 4 angka setiap bulan. InshaAllah menuju 5angka. Bersyukur sangat dengan jalan yang Allah beri kepada saya, dapat menjaga anak-anak sambil bekerja. Sekarang sudah masuk separuh dari cycle 2014/2015. Keluarga shaklee saya makin berkembang. Telah tertubuh satu organisasi Di bawah bimbingan saya iaitu SuccesShakleeMpire #SSM.

Saya sangat bertuah kerana memilih Organisasi yang betul di bawah bimbingan emak shaklee saya Maziah Jamaluddin dan nanny bonda e-dagang Adilah manaf dan suaminya Fahmy suhaimi. Pemilihan Group shaklee adalah sangat penting Di mana kita akan di bimbing sepenuhnya oleh mereka dari zero ke hero. Apa yang di tunjuk ajar oleh mereka akan saya praktikkan kepada anak-anak di bawah group saya #SSM.

Kini kisah sedih pada permulaan business telah membuahkan hasil, namun perjalanan saya dalam shaklee masih jauh. Saya tidak akan berhenti sini kerana berpuas hati dengan 4 angka. Saya akan terus memberi tunjuk ajar kepada organisasi saya supaya semua dapat merasa bonus 4 angka setiap bulan. konsep dalam shaklee sangat mudah " teach others to teach others" Memang semua tidak lokek dan kedekut ilmu, masing-masing memberi tunjuk ajar. Dalam business shaklee bukan setakat business semata-mata wang, tetapi kami di titik beratkan amalan rohani, ukhwah mengeratkan silaturrahim. pelbagai acara dan majlis telah di buat. Alhamdulillah saya di landasan yang betul.


terima kasih kepada suami tercinta, setelah hampir setahun saya dalam shaklee dia tetap memberi sokongan dan dorongan supaya terus maju. Dia lah tempat saya meluahkan segala suka duka. terima kasih i lap u!!! terima kasih sekali lagi kerana mengizinkan saya dalam arena shaklee. "tukang COD"

Kesimpulan dari perkongsian saya adalah dalam business shaklee sangat mudah:

  1. Tidak perlu MODAL, Sistem Dropship.
  2. TIADA istilah kerugian!
  3. STOCK di uruskan pihak SHAKLEE
  4. SISTEM ONLINE pendaftaran, pembelian, pengeposan kepada pelanggan.
  5. PILIH ORGANISASI yang MANTAP
Jika Anda tercari-cari business, shaklee adalah jawapannya, bussiness yang tidak perlukan modal tapi untung berganda SHAKLEE adalah pilihan yang tepat. Namun begitu usaha yang gigih perlu seiring untuk mencapai kejayaan. Jom sama-sama kita sertai Keluarga HEBAT kami! 

klik untuk DAFTAR KEAHLIAN

untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms/whasApp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas, Jelutong, Juru dan Kepala Batas.
pos keseluruh Malaysia







No comments :

Feel Free to share