Showing posts with label set berpantang shaklee. Show all posts
Showing posts with label set berpantang shaklee. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Tanda - tanda nak bersalin

Nervous! saya pasti perasaan ini bukan sahaja untuk ibu yang pertama kali untuk melahirkan anak. Biar berapa kali pengalaman melahirkan anak perasaan gementar menunggu saat tibanya hari kelahiran adalah paling di nantikan. Lain orang lain tandanya, Saya sendiri melahirkan dua orang anak mempunyai tanda yang tidak sama.

Apakah tanda-tanda bakal ibu rasakan ya? kita kumpul ilmu sebelum besalin supaya bila tiba saatnya nanti tak la panik, nervous kan. Perkongsian tanda-tanda nak bersalin semasa anak sulong adalah sewaktu bangun waktu subuh, keluar lendir bercampur darah, namun tidak berasa sebarang kesakitan. Alhamdulillah dengan pertanda ini saya dapat bersiap sedia untuk pergi ke hospital. Anak kedua pula tiada sebarang tanda yang keluar, terus rasa kontraksi (sebenarnya itu la tandanya...) namun saya percaya anak pertama atau kedua masih tertanya-tanya bagai mana rasa sakit kontraksi? 

Pengalaman saya sendiri Dua kelahiran tanda yang berbeza. Bagaimana pula dengan ibu-ibu diuar sana ya. Lain orang lain la tandanya

Tanda - tanda nak bersalin


1. Bayi Turun Ke Bawah

Bagaimana ingin memastikan perut sudah turun kebawah? Ramai akan tegur bila melihat keadaan perut. Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut


2. Tanda darah (Bloody Show)

Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah plak mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang plak ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

3. Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

4. Sakit Belakang/pinggang

Sakit belakang/pinggang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

5. Pecah Ketuban

Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

6. Serviks Terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

saya sarankan ibu-ibu banyakkan berdoa semoga proses kelahiran berjalan lancar. Amin....


bagi mereka yang menunggu saat kelahiran sudah siap sedia ke segala kelengkapan bayi?saya list kan barangan Persiapan Bersalin dan Berpantang dan keperluan IBU berpantang

Harga Set Berpantang shaklee bagi saya sangat berbaloi-baloi. khasiat yang menyeluruh di perlukan seorang ibu dan bayi. setiap produk paling berharga ialah cahaya mata yang di Kurniakan Allah. Kita berusaha dan berdoa.

Set ini mempunyai pilihan mengikut keperluan anda dan semestinya mengikut budget anda, klik "order now" untuk membeli secara talian dan tanda "" pada product pilihan anda.



Jangan berlengah lagi, hanya di hujung jari anda boleh dapatkan Set Berpantang shaklee.



Dapatkan  HARGA ISTIMEWA




untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

Wednesday, July 9, 2014

Kembali Langsing Selepas Bersalin


Ibu-ibu muda yang baru sahaja melahirkan anak semestinya risau dengan perubahan bentuk badan

yang begitu ketara. Penambahan Berat badan yang drastik ketika hamil telah memberi impak perubahan menyeluruh di seluruh tubuh, antaranya lemak di bahagian perut dan paha, selulit, parut regangan/strecth mark di bahagian perut dan paha, kulit kusam akibat perubahan hormon dan sebagainya.

Sebagai wanita memang tidak boleh dipisahkan dengan kecantikkan, dalam pada masa yang sama naluri seorang ibu ingin memberi yang terbaik kepada bayi. Pelbagai petua traditional boleh juga kita ikuti,namun begitu ramai ibu memilih untuk berpantang secara moden. Ini kerana cara traditional perlu mengambil jamu yang bersifat panas dan memberi kesan kepada bayi. Bagaimana ingin kembali langsing ya?

Berpantang selepas bersalin adalah sangat PENTING! Tempoh berpantang yang lazimnya ialah 44hari, namun begitu ramai yang melanjutkan kepada 100hari. Berpantang adalah tempoh untuk mengembalikan kesihatan dan memulihkan kekuatan luar dan dalam seseorang seperti sedia kala. Jangan ambil mudah ya, Kesihatan diri untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga dan anak-anak.

Pengalaman saya sendiri berpantang melahirkan dua orang anak betul-betul mencabar untuk menurun kan berat badan seperti sebelum hamil. Alhamdulillah saya berjaya kembali kepada bentuk asal. Pengalaman saya berpantang anak sulung dan kedua adalah berbeza. Anak pertama belum mengenali Shaklee dan anak kedua sepenuhnya Shaklee dari sejak hamil sehinggalah berpantang, shaklee terbaik!

Tips Kembali Langsing 

Dari pengalaman Saya berpantang anak kedua Adwa Muhammad (sekarang 2bulan ++) adalah secara tradisional dan moden. Dari segi tradisional saya masih mandi daun-daun herba, bertungku dan pakai bengkung (selalu culas hehehe). Modennya saya mengamalkan set berpantang Shaklee.


Apa yang boleh saya kongsi sepanjang mengamalkan set shaklee ini adalah:
  1. saya berasa amat segar dan aktif, 
  2. luka jahitan sembuh dalam masa seminggu,
  3. Muka segar dapat menguruskan anak sulong (1tahun 6bulan)
  4. Mudah di amalkan
  5. Susu Badan Melimpah (Alhamdulillah)
  6. anak cepat kenyang/puas menyusu
  7. BERAT badan cepat turun
  8. Pembuangan najis yang lancar! tidak sembelit
  9. kulit Ibu dan anak cantik
  10. Boleh di amalkan dari hari pertama sejurus melahirkan anak.



semua di atas tidaklah wajib untuk berpantang, set di atas adalah set premium berpantang. dalam set premium ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

SET BERPANTANG BASIC
1. Sustained Release Vita C plus
2. B complex
3. Zinc Complex
4. Vita Lea

SET MENYUSU
5. ESP
6. Alfalfa ATAU ostematrix

SET BERPANTANG SLIMMING
7. Lecithin  ATAU
8. Omega Guard

 

Klik  KHASIAT VITAMIN UNTUK IBU BERPANTANG untuk maklumat lanjut setiap produk. Anda boleh memilih vitamin yang anda perlukan. Tidak rugi melabur untuk kesihatan diri, sayangi dan hargai diri setelah penat lelah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ke muka bumi ini.

paling istimewa shaklee 100% semulajadi tidak bahaya kepada diri dan anak, jom kembali langsing walaupun menyusu bayi anda.

Testimonial Set menyusu dan slimming shaklee.

Alhamdulillah di pertemukan dengan shaklee, badan sihat cergas dan berat badan turun dengan selamat di samping dapat menyusu anak.

untuk tindakan segera anda boleh terus membuat pesanan melalui shaklee online dengan klik ORDER NOW! barang akan sampai sehingga ke depan pintu rumah anda. pilihan hanya di hujung jari anda. Pilihan BIJAK dan PANTAS akan memberi kebaikkan kepada anda dan keluarga.


SET BERPANTANG BASIC SHAKLEE
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ba2cf4148007ed8a8b041f8abd9bbf96

 SET MENYUSU SHAKLEE
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7421d74f57142680e679057ddc98edf5

SET BERPANTANG SLIMMING SHAKLEE
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=33501018d710f3e2dd8438a4050ea9c2
  
Bagaimana untuk  HARGA ISTIMEWA less 20% dengan pembelian SET PREMIUM
untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

Wednesday, April 9, 2014

KHASIAT DAN KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Dalam menghitung hari kelahiran anak kedua kali ini saya memilih untuk menggunakan Full set suplemen shaklee ketika mengandung dan berpantang.

Alhamdulillah saya dapat mengumpul full set, ini saya juga membuat budget dalam menanti kelahiran anak kedua supaya tidak terasa terbeban untuk membuat persiapan lain, jadi setiap kali promo shaklee saya grab dan simpan. akhirnya dalam masa +/-10 hari menanti due saya sangat berpuas hati apabila berjaya kumpul 1 set.

semua 8 produk berlainan fungsi.

1. vitalea
2. vita c
3. Alfalfa complex
4. Zinc complex
5. B complex
6. ESP
7. Omega Guard
8. Ostematrix

5 (warna biru) daripada produk di atas adalah dari hasil PROMO shaklee setiap bulan.


KHASIAT DAN KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Apa yang menariknya set berpantang shaklee Sesuai untuk bersalin Normal mahupun pembedahan,Jadi kita tidak akan mengambil risiko untuk kerugian


1. VITA LEA WITH IRON FORMULA

* Ibu yang sedang berpantang di galakkan ambil vita lea - ini kerana semasa menjalani proses berpantang pelbagai makanan tidak boleh di ambil demi menjaga kesihatan dalaman, jadi kekurangan zat membuatkan ibu kurang bertenaga.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.
* Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.


2. B COMPLEX
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

3. ZINC COMPLEX
* Ibu2 yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg]ang tepat kepada makanan tersebut.
* Galian yamg sangat penting dalam membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yang disusukan membesar dengan baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

4. ALFALFA COMPLEX
* Milk booster
* Bertindak sama spt kacip fatimah
* Membantu memulihkan sembelit
* mengecutkn urat ibu bersalin

5. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

6. OMEGA GUARD
Seperti yang anda maklum, pengambilan omega guard ketika hamil adalah untuk membekalkan EPA dan DHA untuk perkembangan otak bayi anda. Pengambilan ketika tempoh berpantang bukan sahaja mampu membekalkan EPA  & DHA malah memberi bonus kedua buat anda omega bertindak sebagai agen pembakar lemak.  Dalam tempoh inilah ibu boleh kurangkan berat badan kembali ke bentuk asal. 

7. VITA-C
Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka, sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui. Pernah tak anda dengar sesetengah orang berkata bila bersalin ceaser elok amalkan makan buah sunkist?…Agaknya kenapa yer? ….tentunya buah sunkist adalah salah satu sumber vitamin c!


8. OSTEMATRIX
Sangat penting kerana bayi akan menyerap banyak kalsium dari ibunya. Itulah sebabnya kadang-kadang terjadinya kebas-kebas, kekejangan, gusi berdarah, gigi longgar dll akibat kekurangan kalsium. Setiap satu tablet OsteMatrix ibarat satu gelas susu dan tablet OsteMatrix amat mudah untuk ditelan dan tiada bau.

#Penggambilan Jamu sudah tidak perlu kerana set ini telah lengkap dgn semua keperluan Ibu selepas Bersalin.

SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty 

Friday, March 7, 2014

keperluan IBU berpantang

Sambung entry lepas Persiapan Bersalin dan Berpantang checklist untuk baby rasanya dah hampir lengkap...sementara itu kena pula buat checklist ibu, nanti dah beranak sapa nak sediakan pula...

Dah ada pengalaman anak first, so anak second ni tak la serabut sangat, yang pasti dah tak nak membazir beli set confinement, jamu-jamu bagai....tak habis pon...opsss pecah tembelang...so di sebabkan tak mau membazir saya sambung guna balik segala yang masih boleh guna.

  • confinement set (masa Dea Aleesya dulu guna Confinement Set - Amway's Tropical Herbs Post Natal Care) kali ni tak beli dah kot set macam ni...nak beli yang loose saja. lagi pon ada lagi balance yang belum habis di gunakan. set ni lengkap 11 barang keperluan ibu.
    gambar ihsan dari Google

    saja nak review sikit pengalaman guna set confinement ni....
    1. Herbal Tea - to be taken 5th day after delivery (jamu-panas makan tak habis)
    2. After Birth 1 - To be consumed 10th days after delivery (jamu-panas makan tak habis)
    3. After Birth 2 - To be consumed 25th days after delivery (jamu-panas makan tak habis)
    4. Herbal Douche - Yang nih utk pembersih wanita. (guna habis)
    5. Herbal Bath - Didihkan daun herba tu kemudian dibuat mandi. (guna habis)
    6. Herbal Massage oil - untuk hangatkan badan sebelum mengurut (ada lagi)
    7. Firming Herbal Blend - Campur serbuk nih dalam air, pastuh tepek kat perut utk kasik ramping. Diikuti ngn pemakaian bengkung. (best ada lg sikit)
    8. Warming Herbal Blend - Gune selepas mengurut dan berbengkung. (tak guna sangat sebab berabuk bila kering..penu tilam sian anakku)
    9. Calming Herbal Blend - Utk sapu kat dahi, Cam pilis la kot. (tak guna sangat sebab berabuk bila kering..penu tilam sian anakku)
    10. Baby Oil - utk sapu kat perut baby (minyak baby memang best)
    11. Binder - Bengkung. Jenis bengkung moden. ( bengkung pon memang best)

    dalam 11 barang 1/2 sahaja yang guna habis, so pembaziran telah berlaku, terutamanya pil Jamu. lagi satu set ni semua berhabuk bila kering...so macam tak sesuai ja nak handle baby lagikan...sebab tu la salah satu guna tak habis...kering ja habuk berterbangan sana sini.... malas nk kemas tempat tidur...orang datang melawat sokmo...

    memang tak beli set dah..sebab bengkung amway ada lagi..tak reput pon lagi..best pakai...

    makanya akan di beli mana yang perlu sahaja...bedasarkan kegunaan yang lepas... kali ni akau lebih menitik berat tentang penjagaan dalaman selepas bersalin....sebab aku percaya dengan makanan tambahan boleh buat Ibu kuat, ceria (mengelakkan berlakunya meroyan). OK! siap mukadimah panjang...


    Ibu
    kepeluan asas ialah:

    1. Supplement - set berpantang Shaklee
    2. herba mandian - beli akar kayu daun2 kering yg dah siap balik rebus saja (kawasan rumah pon banyak, mak selalu pagi2 keluar cari...untung duduk kampungkan...)
    3. minyak panas/nak beli pati halia je kot.
    4. param,pilis,lulur (akan di pertimbangkan..sebab balance yg lama masih ada) 
    5. Tungku - (memang dah ada turun temurun mak punya..)
    6.  Kain batik - 5helai (guna yang sedia ada..jimat)
    7. Stokin panjang dan tebal - 5pasang
    8. Baju yang mudah nursing - t shirt besar..pakai t shirt somi haha..
    9. seluar dalam pakai buang - 5 helai nak guna masa di hospital
    10. Nursing bra - dah ada memang guna nursing bra pon.
    11. Maternity Pad 1 pek - awal-awal pakai yg tali,bila luka sembuh pakai yg lekat dekat pantist (habis baru beli topup)
    12. Breast Pad washable/disposable
    13. Bengkung/ barut (dah ada)
    14. Tudung labuh sikit (syria)- pakai di hospital senang nak nursing in public
    15. Tukang urut (booking dah....bidan kampung)

    rasanya ini je senarai aku..... kalau ada penambahan akan di update kemudian..

    Berbalik pada perkara 1
  • Supplement - set berpantang Shaklee





    SUPPLEMENT SET BERPANTANG
    1. Sustained Release Vita C plus - |DONE|
    2. B complex
    |DONE|
    3. Zinc Complex |DONE|
    4. Vita Lea -
    |DONE| - promo Febuary 2014

    SUPPLEMENT SET MENYUSU
    5. ESP -  |DONE| promo bulan march 2014
    6. Alfalfa
    |DONE| - promo january 2014
    SUPPLEMENT SET SLIMMING 
    7. Lecithin |DONE|
    8. Omega Guard |DONE| - promo December 2013

    *
    80% dari set berpantang memang dah di amalkan masa mengandung, yang belum hanya Zinc complex, Alfalfa dan lecithin. beli semasa promo setiap bulan untuk dapatkan harga yg istimewa.

Feel Free to share