Friday, August 22, 2014

kalsium untuk tulang kuat

Tulang merupakan struktur penting bagi tubuh badan yang sihat sejahtera. semakin meningkat usia kalsium dalam tulang semakin berkurangan. Jadi penambilan bahan makan yang mengandungi kalsium adalah sngat penting bagi memastikan walaupun usia meningkat tetapi masih boleh melakukan aktiviti kegemaran anda seperti riadah dan bersukan. Tulang rapuh atau di kenali sebagai osteoporosis akan menyekat anda dari terus kekal active.




Untuk memastikan tulang anda masih kuat, pengambilan unsur kalsium adalah penting sejak muda lagi. kalsium untuk tulang kuat. Ramai di antara kita tidak minum susu atau makanan yang mengandungi calcium tinggi. Kita hanya mempunyai satu set tulang untuk digunakan seumur hidup. Oleh sebab itu, kesihatan tulang yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang sihat dan aktif. Kita perlu memberi perhatian untuk memastikan tulang-tulang kita mendapat khasiat pemakanan yang betul agar kita dapat terus melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari.

Kalsium adalah sejenis mineral
yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.
Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :

  • fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
  • fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
  • proses pembekuan darah
  • kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.


Sumber-sumber kalsium


Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :


  • 3 gelas susu,
  • 4.6kg daging,
  • 15 biji telur,
  • 70g cheese,
  • 400g ais krim, atau
  • 2 cawan yoghurt.


Osteoporosis


Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.

Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :


  • kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat
  • kurang pengambilan kalsium
  • pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause
  • risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok


Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.

Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan


Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang. Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :


  • bersama-sama vitamin D
  • bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.
  • selepas makan.

Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :


  • Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
  • Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
  • Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.
  • Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien.
  • Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita.
  • Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah.




Ostematrix shaklee Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


Kepada pengguna Shaklee dan kepada mereka yang ingin mencuba produk Shaklee, gunakan tanpa was-was. Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah -panduan belian online

hanya di hujung jari anda.

Tempah sekarang dengan klik:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9dc6864f20548aa7f9d8500bc28dafef
untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas, Jelutong, Juru dan Kepala Batas.
pos keseluruh Malaysia


No comments :

Feel Free to share