Sunday, April 5, 2015

untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya: 

Puan. Fuziah Idris 

Tuesday, October 21, 2014

Cara atasi masalah kaki krem ketika hamil

Macam-macam masalah timbul apabila bergelar ibu mengandung, saya seringkali mendengar aduan kawan-kawan yang hamil tentang masalah kejang kaki diwaktu tidur. Perkara ini adalah biasa bagi ibu hamil. Alhamdulillah saya tidak penah terkena selama dua kali hamil. Kejang kaki atau dikenali sebagai kaki krem (orang kampung saya panggil tarik mengakarung) boleh di atasi dengan gaya hidup sihat. Walaubagaimana pun punca sebenar masalah ini berlaku belum dikenal pasti, namun pelbagai teori dan andaian telah dikaji, antaranya:

Mengapa kekejagan kaki berlaku ketika mengandung?

  • Terpaksa menampung berat badan yang bertambah dengan mendadak. Ibu yang mengandung dan berada pada trimester kedua dan ketiga adalah berisiko kerana rahim akan  mula membesar. Oleh yang demikian, kaki akan menjadi penat untuk menampung berat badan yang bertambah. Kesannya, ia akan menyebabkan ibu mengandung mudah menghadapi masalah kaki kejang (cramp) tersebut. 
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda
  • Yang kedua ibu mengandung memerlukan air yang cukup untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi. Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah adalah salah satu faktor kekejangan boleh berlaku.
  • zat mineral didalan tubuh ibu hamil akan disedut oleh bayi didalam kandungan, dengan kekurangan kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium boleh mempengaruhi keadaan di mana menggalakkan kaki kejang.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Wanita memerlukan kalsium

Pada usia 18 tahun ke bawah wanita memerlukan 1300mg calcium setiap hari, namun setelah meningkat usia pada 18tahun dan keatas hanya 1000mg setiap hari. Lazimnya wanita 18 tahun keatas adalah mereka yang mendirikan rumah tangga dan bersedia untuk hamilkan bayi, jadi perancangan awal adalah penting. Pengambilan calcium (sebelum, semasa dan selepas hamil) adalah digalakkan supaya apabila hamil anda mempunyai calcium yang cukup untuk dikongsi bersama bayi didalam kandungan.

Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.


Bagaimana Shaklee dapat membantu?

Dengan pengambilan kalsium yang cukup dapat membantu anada mengatasi masalah ini berulang. Ostemetrik adalah pil calcium dan bukan hanya calcium semata-mata.


4 biji ostemetrik bersamaan 1000mg calcium yang diperlukan setiap hari. Jadi bagi wanita yang sedang hamil pengambilan ostemetrix adalah sangat bagus. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak selera untuk minum susu.

Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria. produk berasakan 100% semulajadi.

Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah -panduan belian online

hanya di hujung jari anda.Tempah sekarang dengan klik:



HARGA ISTIMEWA 
KELEBIHAN MENDAFTAR KEAHLIAN





untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia





Sunday, October 19, 2014

Bayi bijak dalam kandungan

Amalan dan jadual permakanan ibu hamil adalah amat dititik beratkan untuk meransang minda dan fizikal bayi yang sihat. Sudah pasti anda mencari makanan tambahan untuk merangsang otak bayi supaya a1nak yang bakal dilahirkan bijak dan IQ yang tinggi.

Minyak ikan sering di kaitan dengan meransang minda bayi. Antara manfaat minyak ikan sering dikaitkan dengan perkembangan minda bayi kerana mengandungi EPA dan DHA. Sebelum kita pergi lebih jauh jom kita tengok video mengapa Omega 3 (minyak ikan penting untuk tumbesaran otak bayi)





banyak jenama dan keluaran produk Omega 3 dipasaran, pelaburan yang bijak adalah ibu-ibu sangat menitik beratkan quality yang terbaik. Pastikan minyak ikan yang anda pilih bebas dari unsur-unsur merbahaya seperti merkuri. Minyak Ikan terbaik adalah Omega Guard Shaklee. Antara sebabnya kerana ia melalui Proses Penyulingan Molekul Berperingkat untuk memastikan ianya selamat dari logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCBs (polychlorinated biphenyls) dan lain-lain.


1. Perkembangan Otak Bayi

Menurut Dr Sears, ada 2 jenis asid lemak penting untuk peranan minda manusia iaitu Omega-3 dan Omega-6. Kedua jenis Omega ini merupakan KOMPONEN UTAMA DI DALAM MEMBRAN SEL OTAK.


2. Pembentukan Mata Bayi

Retina mata bayi memerlukan kandungan Asid Lemak DHA yang tinggi. Asid Lemak DHA ini hanya oleh diperolehi daripada makanan yang mengandungi asid lemak. Lebih banyak makanan berasid lemak yang kita ambil, lebih bagus untuk pembentukan mata bayi.


3. Mengurangkan risiko eczema

Menurut kajian British Medical Journal walaupun ibu dan ayah bayi mempunyai sejarah eczema, jika si ibu mengamalkan minyak ikan semasa mengandung, ia akan membantu mengurangakan risiko bayi untuk mendapat eczema. 

DHA dan EPA dari minyak ikan mengurangkan keradangan dalam tubuh bayi yang menjadi punca eczema atau pelbagai alahan kulit.


4. Melembutkan "laluan keluar" bayi

BERITA BAIK untuk ibu hamil, Minyak ikan mengandungi asid lemak yang secara tidak langsung akan melembutkan laluan keluar bayi. Ini akan memudahkan proses kelahiran.



Pengambilan Omega guards adalah bermula sejak kandungan masuk ke trimester kedua iaitu 4bulan ke atas, dimana ketika ini pembentukkan saraf otak bayi sudah bermula. sebotol omega guard shaklee mengandungi 90 biji, maka sebotol bertahan 3 bulan bebaloi - baloikan? ibu hamil hanya perlukan 300mg sehari. Selain banyak manfaat lain ibu hamil boleh dapat dari omega guard shaklee.

Kenapa OMEGA GUARD SHAKLEE?


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee diekstrak daripada ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ianya bukan daripada minyak hati ikan. OmegaGuard Shaklee tidak diekstrakdaripada ikan ternak yang diberi makanan pellet sepanjang hidupnya. Ikan ternak ini mempunyai kadar asid lemak Omega-3 yang rendah serta kurang atau tiada nutrien lain.

Berbanding dengan produk fish oil di pasaran, OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian berkaitan menunjukkan OmegaGuard mampu membekalkan 905ml asid lemak Omega-3, EPA dan DHA.



Kebanyakan pengeluar produk minyak ikan yang lain menggunakan kaedah penyulingan bertekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini bukan saja boleh memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. OmegaGuard Shaklee diekstrak menggunakan kaedah penyulingan ultratulen bergred farmaseutikal teknologi tinggi. Proses penghasilan OmegaGuard Shaklee menggunakan kaedah penyulingan propietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan semulajadi sambil menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychlorinated byphenyl (PCB) iaitu bahan kimia industri yang sangat toksik.



Selain dari makanan tambahan, amalan rohani ketika hamil adalah faktor utama meransang bayi bijak, dapatkan tips amalan rohani ketika hamil untuk meransang anak dalam kandungan menjadi bijak.

Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria. produk berasakan 100% semulajadi.

Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah -panduan belian online

hanya di hujung jari anda.Tempah sekarang dengan klik:


Dapatkan  HARGA ISTIMEWA 
KELEBIHAN MENDAFTAR KEAHLIAN





untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

Wednesday, October 15, 2014

Tanda - tanda nak bersalin

Nervous! saya pasti perasaan ini bukan sahaja untuk ibu yang pertama kali untuk melahirkan anak. Biar berapa kali pengalaman melahirkan anak perasaan gementar menunggu saat tibanya hari kelahiran adalah paling di nantikan. Lain orang lain tandanya, Saya sendiri melahirkan dua orang anak mempunyai tanda yang tidak sama.

Apakah tanda-tanda bakal ibu rasakan ya? kita kumpul ilmu sebelum besalin supaya bila tiba saatnya nanti tak la panik, nervous kan. Perkongsian tanda-tanda nak bersalin semasa anak sulong adalah sewaktu bangun waktu subuh, keluar lendir bercampur darah, namun tidak berasa sebarang kesakitan. Alhamdulillah dengan pertanda ini saya dapat bersiap sedia untuk pergi ke hospital. Anak kedua pula tiada sebarang tanda yang keluar, terus rasa kontraksi (sebenarnya itu la tandanya...) namun saya percaya anak pertama atau kedua masih tertanya-tanya bagai mana rasa sakit kontraksi? 

Pengalaman saya sendiri Dua kelahiran tanda yang berbeza. Bagaimana pula dengan ibu-ibu diuar sana ya. Lain orang lain la tandanya

Tanda - tanda nak bersalin


1. Bayi Turun Ke Bawah

Bagaimana ingin memastikan perut sudah turun kebawah? Ramai akan tegur bila melihat keadaan perut. Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut


2. Tanda darah (Bloody Show)

Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah plak mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang plak ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

3. Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

4. Sakit Belakang/pinggang

Sakit belakang/pinggang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

5. Pecah Ketuban

Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

6. Serviks Terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

saya sarankan ibu-ibu banyakkan berdoa semoga proses kelahiran berjalan lancar. Amin....


bagi mereka yang menunggu saat kelahiran sudah siap sedia ke segala kelengkapan bayi?saya list kan barangan Persiapan Bersalin dan Berpantang dan keperluan IBU berpantang

Harga Set Berpantang shaklee bagi saya sangat berbaloi-baloi. khasiat yang menyeluruh di perlukan seorang ibu dan bayi. setiap produk paling berharga ialah cahaya mata yang di Kurniakan Allah. Kita berusaha dan berdoa.

Set ini mempunyai pilihan mengikut keperluan anda dan semestinya mengikut budget anda, klik "order now" untuk membeli secara talian dan tanda "" pada product pilihan anda.



Jangan berlengah lagi, hanya di hujung jari anda boleh dapatkan Set Berpantang shaklee.



Dapatkan  HARGA ISTIMEWA




untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

Tuesday, October 14, 2014

Atasi Kencing manis Ketika hamil

Polisi kesihatan di Malaysia kini semakin berubah mengikut gaya hidup dan perubahan zaman. Wanita Hamil berusia 25 hatun dan keatas perlu melakukan ujian saringan glukosa, iaitu perminum air gula untuk mengesan kencing manis/diabetis ketika hamil.

Diabetes ialah keadaan yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Sesetengah wanita mendapat kencing manis sebelum mengandung, ada juga yang mendapat kencing manis semasa mengandung. Kencing manis yang bermula semasa mengandung dinamakan ‘gestational diabetes’ dan berlaku dalam 7% kehamilan.



Bagaimana Diabetes ketika hamil boleh berlaku


Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, anda akan mendapat kencing manis.

Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai latar belakang seperti berikut lebih berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung:

  1. Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis
  2. Obesiti atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
  3. Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4 kg semasa lahir
  4. Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
  5. Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
  6. Pernah mengalami keguguran
  7. Umur melebihi 35 tahun

Pengalaman hamil anak pertama dan kedua

Saya mengalami morning sickness (alahan) loya muntah dan sebagainya di awal kehamilan sehingga kandungan 4bulan. Selain itu malah HB selalu rendah sehingga kelahiran terpaksa tambah darah sejurus melahirkan. Dihujung kehamilan saya ada diabetis under control GDM. Jika di kenangkan rasa serik nak mengandung lagi.

Alhamdulillah, apabila hamil anak kedua saya berkenalan dengan produk shaklee. produk pertama yang saya beli ialah ostematrix shaklee di sebabkan saya hamil anak kedua selepas 9 bulan melahirkan anak pertama, badan saya kekurangan kalsium mula merasa simptom sakit gigi lenguh badan, tambahan masa tu saya masih menyusukan anak pertama.

saya mula membeli product yang lain sehinggah cukup full set ini. sememangnya berbeza saya tiada masalah GDM dan HB low.

Testimonial Kencing Manis ketika Hamil 

selama mengamalkan suplemen Shaklee keputusan sebelum minum air gula 4.3 dan selepas 2jam minum air gula 5.4. ya saya bebas GDM kali ini, apa rahsiahnya boleh mendapatkan khidmat nasihat dari saya secara percuma dengan setiap pembelian produk dari saya.


Apabila diri ibu sihat InshaAllah anak yang di kandung pun sihat.


klik link berikut untuk keterangan khasiat Set Untuk Ibu Hamil trimester 1, 2 dan 3

Harga Set Hamil Shaklee bagi saya sangat berbaloi-baloi. khasiat yang menyeluruh di perlukan seorang ibu. setiap produk. paling berharga ialah cahaya mata yang di Kurniakan Allah. Kita berusaha dan berdoa.

Set ini mempunyai pilihan mengikut Usia kandungan anda dan semestinya mengikut budget anda, klik "order now" untuk membeli secara talian dan tanda "" pada product pilihan anda.

Jangan berlengah lagi, hanya di hujung jari anda boleh dapatkan set kehamilan shaklee.



Dapatkan  HARGA ISTIMEWA




untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

Makanan Naik HB dengan Cepat dan berkesan

Hemoglobin (Hb) sering dikaitkan dengan wanita hamil, ini kerana wanita yang hamil sering melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun begitu orang yang tidak mengandung juga perlu memastikan diri mereka dalam keadaan sihat, kadar Hb yang bersesuaian. Jika diri anda tergolong dalam orang yang kurang darah atau "HB LOW",  tahap Hemoglobin rendah akan memberi kesan seperti muka pucat, pening, loya, letih, lesu, cepat penat, sakit perut, muntah,  demam dan sembelit . demikain adalah simptom anda anemia atau kekurangan darah.

Kurang darah adalah keadaan dimana darah kekurangan protein yang disebut dengan hemoglobin(Hb). Tugas hemoglobin ini sangat penting bagi tubuh manusia, terutama untuk menghantar oksigen dan nutrisi ke seluruh berbagai bagian tubuh. Itulah kenapa, jika Anda merasakan gejala anemia seperti yang dijelaskan diawal tadi. 

Bagi wanita hamil Hb perlu dipantau kerana melibatkan bayi didalam kandungan. Jika kekurangan Darah akan memberi kesan negative kepada bayi yang di kandung.

Bahaya HB low (darah kurang/darah cair)

kandungan 0 - 5 bulan
di peringkat  ini bayi sedang melalui proses pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain (organogenesis ). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

kandungan 5-7 bulan
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

kandunagn 7-9 bulan
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

kesan kepada bayi jika HB low

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premiture atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Pentingnya makanan untuk Naikkan HB

Makanan untuk meningkatkan hemoglobin – mencegah dan mengatasi kurang darah (anemia)
Hemoglobin akan terbentuk dalam tubuh ketika kita makan-makanan yang kaya hemoglobin. Berikut ini tentang sumber makanan yang menyediakan semua elemen yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin .

1 . Makanan Laut :
Makanan Laut adalah makanan sumber hemoglobin. Berbagai jenis makanan laut seperti tuna, kerang,  salmon, tiram dan sardin merupakan sumber hemoglobin yang baik.

2 . Daging :
Daging adalah sumber makanan paling kaya hemoglobin. Daging juga mengandung vitamin B – 12, yang juga berguna untuk membantu  menjaga tingkat zat besi yang normal dalam tubuh. Daging merah adalah sumber hemoglobin terbaik.

3 . Telur :
Kuning telur merupakan sumber yang juga sangat kaya hemoglobin. Kuning telur kaya zat besi yang membantu tubuh untuk menghasilkan hemoglobin.

4 . Produk susu :
Produk susu seperti susu, buttermilk, dadih dan keju juga merupakan sumber hemoglobin yang baik.

5 . Kacang
Kacang- seperti buncis, kacang kering, kacang merah atau kacang putih mengandung jumlah zat besi yang baik. Labu dan biji labu juga dapat membantu untuk meningkatkan tingkat hemoglobin dalam darah .

6 . Sayuran :
Sayuran seperti bit dan bayam, yang banyak tersedia di pasar sangat membantu dalam pembentukan hemoglobin. Hal ini membantu untuk meningkatkan tingkat jumlah sel darah merah.

7 . Buah :
Buah-buahan juga merupakan sumber terbesar dari zat besi. Buah juga banyak mengandung antioksidan, vitamin, dan mineral, yang sangat penting bagi tubuh manusia . Buah yang kaya akan zat besi adalah Tembikai, kismis, anggur, tomato, epal, pisang, jeruk, strawberi dan alvokado .

8 . Rempah-rempah :
Rempah-rempah seperti jintan, oregano, kunyit, halia, kemangi, kayu manis merupakan sumber yang kaya zat besi. Oleh karena itu, jangan lupa untuk menyertakan rempah-rempah ini kedalam diet Anda.

9 . Bijirin :
Bijirin seperti , tepung gandum, beras, beras merah, sereal dan roti juga merupakan sumber zat besi. Seluruh Bijirin juga merupakan sumber serat terbaik.

10 . Buah kering :
Buah yang dikeringkan seperti aprikot, plum, kurma dan kismis adalah juga merupakan sumber hemoglobin. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah kering akan membantu dalam membentuk pigmen merah dalam darah.

11 . coklat :
Kabar baik bagi pecinta coklat, karana makan coklat yang terbuat dari 60% koko juga dapat meningkatkan kadar hemoglobin. Dark cocolate adalah coklat terbaik bagi kesihatan, karana terbuat dari 65% koko.

12. Hati Ayam
Hati ayam dipercayai dapat meningkatkan paras Hemoglobin dalam darah, namun begitu adalah tidak disarankan untuk mengamalkan setiap masa. kerana Hati Haiwan Memudaratkan wanita hamil. 

Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.


Shaklee Membantu Naikkan HB

Adakah anda yakin setiap makanan yang anda ambil setial hidangan makanan mempunyai zat vitamin dan mineral yang mencukupi? vitamin dan mineral dalam sajian harian kita berkurangan jika makanan tersebut di masak terlalu lama, makanan yang sudah banyak hari dimasak, makanan segera dan makan didalam tin yang telah di proses.

Untuk ibu hamil untuk mendapat zat yang di senaraikan diatas adalah dengan mengamalkan multivitamin shaklee iaitu Vitalea

saya sendiri pengamal vitalea, memang terasa perbezaan sebelum dan selepas pengambilan dalam mebantu memberi tenaga sepanjang kepada saya untuk menguruskan anak-anak yang sedang membesar.

saya mengamalkan vitalea sejak hamilkan anak kedua dan terus jatuh cinta kerana vitalea membantu menaikkan tahap hemoglobin saya. the best mutivitamin yang buat saya jatuh cinta dan terus menggunakanya ketika berpantang.

Testimonial Vitalea Naikkan HB




Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria. produk berasakan 100% semulajadi.

Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah -panduan belian online

hanya di hujung jari anda.Tempah sekarang dengan klik:





Dapatkan  HARGA ISTIMEWA




untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

Feel Free to share