Thursday, August 21, 2014

Shaklee Halal ke Tak?

Soalan lazim yang saya terima dari pelanggan Shaklee Halal ke Tak?, Alhamdullilah mencari yang halal itu fardhu. Shaklee merupakan produk keluaran US. Bila dipasarkan di Malaysia sudah tentu status HALAL menjadi perkara utama. 

Shaklee adalah worldwide dan mempunyai pelbagai jenis produk. Namun jika anda ‘meninjau’ Shaklee di US atau Australia hatta Singapura sekalipun, anda akan dapati sesetengah produknya tidak terdapat dalam pasaran Malaysia. Kenapa ya? Ini kerana tidak semua produk worlwide Shaklee itu halal (ya tidak dapat disahkan status halalnya). Senang cerita, yang dijual di Malaysia telah diperakui status halalnya.

Ada sesetengah pelanggan sudah membeli baru perasan tiada logo halal di botol shaklee. Sudahnya menjadi tanda tanya, bagaimana sama ada teruskan mengamalkannya atau buang kerana ragu-ragu dengan status halal shaklee.

baca coretan saya sehingga habis supaya anda yakin dan tidak ragu-ragu untuk mengamalkan vitamin terbaik dunia ini.

Antara soalan lazim customer (FAQ):

1) Apa bukti Shaklee ni halal?

Jawapan : setiap tahun pihak shaklee memperbaharui sijil halal. Sijil di bawah adalah sijil Halal Shaklee yang telah dikeluarkan oleh Islamic Service ogf America (ISA) untuk produk-produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.




2) Kenapa Status halal dari ISA? ISA ni apa? Kenapa bukan JAKIM?

Jawapan : Oleh sebab Shaklee ni buatan USA, Islamic Services  of America (ISA) yang iktiraf kehalalan produk-produk di USA. Untuk  lebih efektif, JAKIM telah lantik ISA ni untuk cek status Halal produk yang nak dibawa ke Malaysia.



KLIK SINI untuk melihat senarai penuh badan pengeluar sijil halal di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. JAKIM. ISA berada di no 55.


3) Kenapa tak letak logo Halal di botol Shaklee?

Jawapan: Standard Halal Farmaseutikal tak sama dengan  Standard Makanan Halal. Makanan ya kena letak logo Halal. Tapi untuk ubat-ubatan/supplemen requirement nya ada sijil  Halal. Cuba cek kat botol-botol ubat/supplemen ada ke logo  Halal? Kena cek dan minta bukti dengan pengedar masing-masing. Akan datang kita mungkin akan jumpa logo halal di botol-botol ubat sebab Malaysia pun baru nak implement prosedur sebegini. KLIK SINI


4) Apa status softgel bovine Omega, Vitamin E, Lecithin?

Jawapan : Jika masih ragu-ragu dengan sijil Halal Shaklee yang tertera nama Vitamin-vitamin ini, jom baca apa feedback dari  ISA bila salah seorang dari customer kami bertanya akan hal ini.


Tahukah anda bahawa setiap badan yang mengeluarkan sijil halal ini mempunyai prosedur yang sangat ketat sebelum mengeluarkan status halal bagi sesuatu produk? Menurut pembacaan saya, status halal dari USA dan Kanada mempunyaio prosedur yang paling sukar untuk mendapat pelepasan. Oleh itu apabila Shaklee mendapat sijil halal dari USA, maka sepatutnya tiada isu bukan?
  
Kepada pengguna Shaklee dan kepada mereka yang ingin mencuba produk Shaklee, gunakan tanpa was-was. Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas, Jelutong, Juru dan Kepala Batas.
pos keseluruh Malaysia

No comments :

Feel Free to share