
Setibanya Bulan Ramadan yang Mulia ini, buah kurma manjadi longgokkan jualan di pasaraya, pasar malam, bahkan di kaki lima. tak kurang juga iklan-iklan di media massa, sehingga kan menjadi pertanda Bulan Ramadan semakin dekat apabila ada bisikan suara wanita "yusoff tayoob".
khasiat buah kurma yang tiada tandingan ini telah terbukti melalui kajian sains. kandungan vitamin dan serat yang tinggi di dalam setiap buah kurma dapat mengawal dan meyembuhkan pelbagai penyakit.
wanita hamil sangat di galakkan memakan buah kurma, Malah
dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut
tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali
menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan
kisah sirah baginda.
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma
adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula
adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu
sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan
tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit
Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma
setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit
kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian
seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah
merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara
teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang
sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan
merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan
wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang
siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan
membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih
banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,
sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. :
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.”
Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar
anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci
serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma
merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

amalan bertahnik juga di titik beratkan untuk kesihatan dan kecergasan minda ( Adwa Muhammad usai bercukur rambut terus di tahnikkan)
untuk info bertahnik mengikut islam dan sains boleh rujuk DISINI artikel Dr. Zabidi
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu
Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir,
lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan
nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling
Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma
nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma
dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma
dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin
baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar,
kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang
tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem,
sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
SUBHANALLAH... maha suci Allah. Kurniaan Allah kepada Hambanya dalam sebutir buah Kurma
- Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya:
Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu
No comments :
Post a Comment