Tuesday, July 8, 2014

KOLESTEROL PEMBUNUH BERSIRI RAKYAT MALAYSIA

Dilahirkan di Malaysia dan menjadi warganeraga adalah sangat bertuah kerana di bumi ini terdapat pelbagai jenis makanan yang enak! seperti lahit di dalam syurga makanan. Menu makanan seharian yang Enak itu dalam diam telah menjadi pembunuh bersiri ketika ini? adakah anda sedar kini sebahagian dari kita menjadi sahabat baik pembunuh bersiri.

Yang enak bukan bererti BAIK, walhal dalam skop ini enak tetapi memudaratkan kesihatan diri. kita kurang mengambil tahu tentang perkara sebegini, ini kerana kolesterol menjadi sahabat baik dan pembunuh dalam diam. Kita tidak pernah terasa terancam. 

 Rajah di atas menunjukkan kadar kolesterol yang terdapat dalam sebahagian menu kegemaran kita. berpantang dari menikmati makanan dia tas adalah sangat mencabar, ini kerana kita sudah dididik dengan kepelbagaian makanan "enak" seperti diatas. telah menjadi rutin seharian untuk menikmati kelazatan makanan sepeti ini.

Berapa jumlah kolesterol perlu anda ambil dalam sehari? mengikut persatuan jantung Amerika, anda perlu menghadkan pengambilan kolesterol kurang dari 300mg sehari, tetapi jika anda telah disahkan menghidap penyakit jantung jumlah kolesterol hendaklah di hadkan kepada 200mg sehari.

Jom kita semak makanan yang telah kita makan hari ini, berapa anggaran kolesterol yang telah kita telan.


Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :

Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera:

• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin

Bagaimana ingin mengesan tahap kolesterol dalam darah? salah satu caranya kita perlu menjalani ujian tahap kesihatan. Paras kolesterol seharusnya diuji sekurang-kurangnya 5 tahun sekali selepas umur 20 tahun.

Memahami Bacaan Kolesterol

Ujian Kolesterol ini biasanya di panggil Lipid Studies. Pakar kesihatan menyarankan lelaki yang berumur 35 tahun ke atas dan wanita berumur 45 tahun ke atas lebih kerap memeriksa tahap kolesterol dalam darah.

Profil lipoprotein ini merangkumi
  • LDL (low-density lipoprotein cholesterol), Kolesterol tidak baik
  • HDL (high-density lipoprotein cholesterol,)Kolesterol baik
  • Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah hasil makanan yang kita makan.Lebihan kalori,alkohol,gula akan ditukar kepada triglesirida dan disimpan di dalam tisu lemak di dalam badan)
Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor pada profil lipid dalam ujian darah anda.
contoh bacaan lipid profail

LDL

LDL boleh terkumpul di sepanjang dinding arteri dan meninggikan risiko penyakit jantung. Sebab itu LDL digelar sebagai kolesterol jahat. LDL rendah bermakna risiko penyakit jantung rendah. 

Unit ukuran dalam mg/dl dan juga mmol/L. Jadual di bawah menunjukkan kandungan LDL dan maksudnya. 

Paras LDL (mg/dl)
Status
kurang dari 100 Optimal
100 -- 129 mendekati optimal/menjauhi optimal
130 -- 159 hampir tinggi
160 -- 189 Tinggi
190 and above Sangat Tinggi

Didalam contoh di atas bacaan pesakit ini adalah 155 mg/dl @ 4.0 mmol/L menurut carta di atas pesakit ini berada dalam kedudukan hampir tinggi dan berisiko menerima sakit jantung.

Menurut pandangan pakar kesihatan, paras LDL untuk pesakit jantung atau penyakit salur darah harus berusaha untuk merendahkan paras LDL di bawah 70 mg/dl. Untuk yang mengidap kencing manis atau penyakit yang berisiko kepada sakit jantung adalah merendahkan paras LDL di bawah 100 mg/dl.

HDL

HDL atau Kolesterol baik , lebih tinggi bacaan HDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana HDL adalah pelindung yang bertanggungjawab mengeluarkan kolesterol jahat dalam darah dan mengelakkan HDL terkumpul di arteri.Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/L

Jadual di bawah menunjukkan kandungan HDL dan maksudnya.
Paras HDL
Status
60 dan ke atas Tinggi,Kurang Risiko penyakit jantung
Lelaki 40 dan kebawah , wanita 50 dan ke bawah Rendah, berisiko untuk penyakit jantung

Dalam contoh di atas bacaan HDL pesakit ini adalah 39 mg/dl atau 1.0 mmol/L dan berisiko penyakit jantung.

Trigliserida

Trigliserida adalah bentuk kimia di mana lemak wujud di dalam makanan dan badan. Paras Trigliserida yang tinggi meninggikan risiko sakit arteri koronari . Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/L

Jadual di bawah menunjukkan kandungan TG dan maksudnya.
Paras Trigliserida Status
Kurang dari 150 Normal
150 -- 199 Pertengahan tinggi
200 -- 499 Tinggi
500 ke atas Sangat Tinggi
Dalam contoh di atas bacaan pesakit adalah 123 mg/l atau 1.4 mmol/L, masih dalam paras normal dan kurang risiko untuk menerima sakit arteri koronari.

Jumlah kolesterol darah

Jumlah kolesterol anda gabungan LDL,HDL dan beberapa komponen lipid yang lain.Pakar perubatan mencadangkan paras selamat adalah di bawah 200 mg/dl

Jadual di bawah menunjukkan kandungan Jumlah Kolesterol dan maksudnya.

Jumlah Kolesterol
Status
Kurang dari 200 Baik
200 -- 239 Tinggi Sedikit
240 dan keatas Tinggi

Dalam contoh di atas bacaan Jumlah kolesterol adalah 22oml/dl atau 5.7 mmol/L, bacaan ini adalah tinggi sedikit dan melebihi paras selamat yang dicadangkan oleh doktor.

Bagaimana ingin menurunkan kadar kolesterol?

Jika hasil dari pemeriksaan doktor tahap koleterol anda tinggi, sudah tentu tidur malam tidak lagi tenang, pelbagai petua dan pantang di amalkan, namun bacaan kolesterol tidak turun. Anda perlu tahu kenapa dan bagaimana hendak menghindari kolesterol jahat dalam sajian makan kita di sekat dari terus menyerap masuk dalam darah.

makanan yang mengandungi Fisoterol dapat dapat berganding dengan koleterol baik HDL untuk menyekat kolesterol jahat LDL dari terus memasuki dalam salur darah. Untuk mendapat bekalan fisoterol secukupnya anda perlu mengambil:
  • 200 batang lobak merah sehari, 
  • 75 keping roti gandum dan 
  • 425 biji tomato.
Fitosterol yang dihasilkan daripada sterol tumbuhan ini mempunyai struktur yang hampir sama dengan kolesterol. Ia akan “berebut” dengan kolesterol untuk mendapat tempat ditapak serapan. Bila bahan ini mendapat tempatnya , kolesterol akan terhalang dari diserap kedalam pada usus kita. 

Fungsi Fitosterol Phytocol ST Shaklee Ambil Tempat Kolesterol.

Adakah kita mampu untuk makan semua makanan seperti dia atas dalam sehari? sudah tentu tidak. jangan risau SHAKLEE telah menemukan produk hebat untuk mengahalang kolesterol jahat terus bermaharaja lela dalam tubuh anda.

Phytocol-ST Shaklee



Keistimewaan PHYTOCOL-ST SHAKLEE
  • Ianya dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.
  • Disamping itu ianya menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh manusia. 
  • Fisoterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
  • Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). 
  • Ianya HALAL, TAK MENGANDUNGI PERASA, PEMANIS DAN BAHAN PENGAWET 

Sebelum pengambilan fitosterol, kolesterol bebas untuk melekat di dinding usus, dan terus masuk ke dalam aliran darah kita. Tapi dengan adanya fitosterol daripada Phytocol-ST ini, kurang kolesterol yang diserap kedalam badan. Bila kurangnya paras kolesterol, bermakna kita pun kurang terdedah kepada penyakit yang berkaitan.
Phytocol Shaklee Kurangkan Penyerapan Kolesterol Dalam Darah
Dengan penurunan 10% kadar kolesterol ini, secara automatik kita berjaya mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 20% ! Banyak tu.  Bahkan badan-badan kesihatan antarabangsa seperti National Institutes of Health, British Heart Foundation, American Heart Association dan lain-lain lagi turut mengesyorkan pegambilan fitosterol 2000mg sehari untuk mencegah kolesterol ini daripada menimbun dalam badan kita


Testimonial Phytocol ST 
"My own Phytocol-ST testimonial.
I have high LDL cholesterol problem due to my eating habit. I love “fat” and this is basically a typical Malaysian diet. In Malaysia, there are more than 6 million adults like me with high cholesterol problem.
Below is lab test result for my LDL
26-Mar-14:my LDL level is 129 mg/dl which was at unhealthy level.
Then, I started to use the Phytocol-ST with 4 tablets per day (2000 mg of phytosterols). To test the result, I stopped taking OmegaGuard, Lecithin and even reduce the intake of ESP Soy Protein. My diet were very unhealthy – loaded with fat and less fiber, vegatables and fruits.
What happen after 2 months? I tested my LDL level again on 30-May. Test result was 101 mg/dl. Total reduction of LDL level is 22%!!
So, hope you can share the Phytocol-ST with friends and families. Reduction in cholesterol may reduce the risk of heart attack, stroke, hypertension and etc."




 sebelum mengamalkan Phytocol ST

Selepas mengamalkan Phytocol ST


Bagaimans???
masih dibelenggu masalah kolesterol??
bimbang tahap kolesterol anda makin meningkat dan merebak kepada penyakit kronik lain??

Berfikir tanpa membuat apa-apa tindakkan tidak akan menyelesaikan masalah anda. bertindaklah sekarang demi masa depan cemerlang anda..

Tempah sekarang dengan klik:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9dc6864f20548aa7f9d8500bc28dafef


untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia


Monday, July 7, 2014

VIVIX TONIK AJAIB dari SHAKLEE

  •  VIVIX RAJA SUPLEMEN dari SHAKLEE
  •   VIVIX kecil-kecil cili api.

Antara gelaran yang di berikan kepada VIVIX, sememangnya sangat sinonim dengan suplemen ini. Ini kerana size/kandungan yang terdapat dalam sebotol 150ml vivix sangat banyak khasiatnya tidak setanding dengan saiz tersebut.

Siapa sangka, Didalam sebotol VIVIX terdapat pelbagai penawar penyakit. Vivix PROMO JULY 2014 untuk AHLI shaklee sahaja. Namun begitu Anda yang belum menjadi ahli pun layak untuk membeli dan sekaligus mendapat keahlian percuma.



VIVIX - Minuman campuran botani Polyhonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah & Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat anti oksidan & sel anti-penuaan semulajadi.

  1. Apa yang istimewa sangat tentang Vivix shaklee ini?
  2. harga berapa RM, tahan berapa lama?
  3. bagaimana untuk mndapat kesan terbaik bila mengamalkan vivix?
  4. Siapa yang perlukan Vivix Shaklee?
  5. Semua orang boleh ambil Vivix?
Beberapa soalan yang wajib customer ingin tahu, ya betul kalau saya pelanggan pun saya nak tahu semua details sesuatu produk sebelum beli, takkan nak main beli barang semberono je kan, nanti salah beli pula, kan dah membazir.

Vivix - merupakan RAJA suplemen dalam shaklee, satu-satunya produk kesihatan yang bersifat awet muda (anti-aging) sambil menjadi penawar penyakit kronik. Vivix lazimnya   menjadi PENAWAR penyakit seperti berikut:

1. Pesakit SLE
2. Mereka yang berisiko penyakit kanser akibat keturunan / sudah pun menghidap kanser
3. Diabetes
4. Strok
5. Darah Tinggi
6. Cyst
7. Bantu baikpulih ketagihan rokok
8. Mempunyai masalah mata
9. Pesakit jantung
10. Bantu kurangakn insiden nyanyuk
11. Anti Penuaan
12. Mereka yang ingin kurangakn apa jenis penyakit inshaaAllah vivix lah penawarnya


cara pengambilan Vivix hanya 1 sudu teh setiap hari, Didalam satu sudu teh terdapat pelbagai khasiat, anda tidak perlu menelan pelbagai pil atau minum berjenis sirap. AJAIB kan tonik keluaran shaklee. Jika ambil dengan konsisten setiap hati Satu sudu teh ini boleh tahan hampir 2 bulan. Manfaat minum




1 sudu teh Vivix setiap hari ialah seperti berikut:
1. Menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat
2. Bantu dalam menghalang kanser
3. Kurangkan risiko jantung
4. Kurangkan komplilasi dalam pesakit diabetes
5. Menyokong kesihatan sendi
6. Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
7. Bantu kurangkan berat badan
8. Tingkatkan sistem imum
9. Tingkatkan kesihatan mata
10. Menyokong kesihatan menyeluruh

Berapalah sangat nak di bandingkan harga kesihatan dengan wang ringgit. Saya sangat berbangga bila ada seorang pelanggan setia saya setiap bulan repeat order untuk ibunya. Katanya penawar kencing manis. bukan untuk kencing manis je tak rugi pun ambil vivix. Tak perlu nak telan pelbagai suplemen sangat sesuai untuk yang tidak suka terikat dengan jadual pengambilan suplemen. Harga sebotol vivix ini RM475, boleh bertahan sehingga 2bulan. makanya kos untuk sehari hanya RM8.++ . Apalah sangat harga kesihatan dengan RM8.++ jika nak di bandingkan dengan kos perubatan puluhan ribu.





Ada lagi yang menarik mengenai vivix. vivix merupakan satu-satunya tonik yang boleh menjadi penawar untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Dengan pengambilan vivix satu sudu teh setiap hari akan membuat perokok tegar hilang rasa ingin merokok dan rokok menjadi tidak enak. apa lagi sayangkan ayah,suami dan anak-anak? dengan sebotol vivix anda dapat menyelamat mereka dari terus membazir duit dan merosakkan diri.

Namun begitu ibu hamil dan ibu menyusu tidak boleh mengamalkan vivix, ini kerana vivix bersifat anti oksidan yang tinggi boleh mnyebabkan keguguran dan bayi yang menyusu badan akan kurang menyusu mungkin akan terus berhenti dari menghisap susu.


Dapatkan sekarang untuk gaya hidup sihat dan awet muda semudah dihujung jari.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b20bd2a22c7f0aef29ab5a4cb1934f71

untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

Monday, June 30, 2014

Petua Merawat Selsema bayi

Lazimnya si manja di bawah umur 2 tahun tidak di galakkan untuk mengambil sebarang jenis ubat selsema. Disini aku ingin berkongsi tips rawatan selsema Secara semulajadi dengan "homemade" tak sampi 5 minit siap.

Anak - anak ibu demam selsema, runsing ibu jika anak-anak terkena jangkitan virus selsema ni. Bukan apa gangguan tidur di waktu malam, orang dewasa pun kalau selsema hidung tersumbat mesti susah nak tidur inikan pula bayi sudah tentu ibu pun turut terganggu.

Dua hari lepas suami di serang demam dan selsema. Memang dah dapat agak akan jangkit dengan anak-anak, Dea Aleesya anak sulong 1 tahun 9 bulan dan Adwa Muhammad 2bulan 2minggu. Dua orang serentak diserang. Ubat selsema tidak di galakkan di beri kepada bayi bawah dua tahun.

Ini petua orang dulu-dulu, aku memang selalu guna sejak Dea Aleesya kecil dan tidak pernah sewenang-wenangnya di beri ubat walaupun paracetamol. Aku yakin dengan rawatan ni sangat berkesan. Ada beberapa petua untuk melegakan Selsema bayi, tapi aku paling selesa mengguna kan petua ini. walaupun aku bukan Doktor atau pakar ubatan tradisional aku sangat yakin petua ini sangat bagus untuk ibu-ibu wajib cuba. lagi pula sangat senang penyediaannya tidak sampai 5minit siap untuk digunakan. Alhamdulillah petua ini mujarab dan sesuai dengan anak-anak aku.

petua yang aku guna ialah dengan membuat minyak bawang putih sendiri (garlic oil). langkah yang mudah dan tak perlu nak paksa anak makan ubat.. oh ya..Dea Aleesya sangat susah makan ubat sebab itu juga yang membuatkan aku jatuh cinta dengan rawatan tradisional.

Bahan dan cara membuat Penawar selsema si manja:

Bahan-bahan:
1. Seulas bawang putih (tak perlu kupas)
2. Minyak (vco,zaitun,kelapa sawit,minyak masak yang belum guna ok!).

Cara-cara:
1. Bakar Seulas bawang putih sekali kulit sehingga hangus.

2. campur sedikit Minyak dan bawang putih yang di bakar di dalam bekas.

3. Lenyek bawang putih sehingga seperti gambar 4. tidak perlu terlalu hancur

4. Sapu di tapak kaki dan pakaikan stokin.

5. Lakukan setiap malam..inshaaAllah selsema beransur pulih tanpa minum ubat. Yaehhh....

Selamat Mencuba!!!!

Selain itu untuk ibu yang menyusukan bayi anda boleh la amalkan makan bawang putih untuk memnguatkan imun bayi anda. Tapikan serius aku cakap aku tak selera nak kunyah bawang putih. Alhamdulillah Shaklee satu-satunya produk supplement semula jadi ada menawarkan supplemen "garlic" berita baik untuk ibu ya... bawang putih terkenal dalam rawatan cina sebagai antibiotik.




Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia


  1. Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  2. Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  3. Menurunkan tekanan darah
  4. Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  5. Berfungsi sebagai anti-oksidan
  6. Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  7. Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  8. Bantu rawat asthma
Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
  1. Pengekalan 100% Allicin aktif
  2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan      Spearmint.
  4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
  5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.
Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh


  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana     mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung     perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic     sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang     merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab  tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam     tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,     mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan     brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan      meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
  12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
    • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
    • Perut memulas (stomach upset)
    • Cirit-birit (Diarrhea)
    • Bronkitis
    • Luka-luka (infected wounds)
    • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing
Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula  dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

sila ambil langkah segera untuk mendapatkannya, hanya di hujung jari anda:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=54591b5c8d4291c395119bdbdb3a4ee9



BERMINAT untuk mengetahui atau memilik supplement HEBAT ini sila HUBUNGI KAMI:


untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia


Tuesday, June 24, 2014

KHASIAT BUAH KURMA

Buah kurma juga di kenali sebagai buah Tamar, Lazimnya menjadi juadah umat Islam seluruh dunia, Ini kerana Khasiat yang tersembunyi dan sudah tentu merupakan makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW yang menjadi ikutan Umatnya zaman berzaman.

 

Setibanya Bulan Ramadan yang Mulia ini, buah kurma manjadi longgokkan jualan di pasaraya, pasar malam, bahkan di kaki lima. tak kurang juga iklan-iklan di media massa, sehingga kan menjadi pertanda Bulan Ramadan semakin dekat apabila ada bisikan suara wanita "yusoff tayoob".

khasiat buah kurma yang tiada tandingan ini telah terbukti melalui kajian sains. kandungan vitamin dan serat yang tinggi di dalam setiap buah kurma dapat mengawal dan meyembuhkan pelbagai penyakit.

wanita hamil sangat di galakkan memakan buah kurma, Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW


Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.


10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu

1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.


amalan bertahnik juga di titik beratkan untuk kesihatan dan kecergasan minda ( Adwa Muhammad usai bercukur rambut terus di tahnikkan)
untuk info bertahnik mengikut islam dan sains boleh rujuk DISINI artikel Dr. Zabidi

6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.


SUBHANALLAH... maha suci Allah. Kurniaan Allah kepada Hambanya dalam sebutir buah Kurma
  • Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya:
    Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
    Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:
    Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu


Sunday, June 22, 2014

DURIAN BANYAKKAN SUSU IBU SEMULAJADI

Kesedaran ibu bapa pada masa kini membuatkan ibu-ibu berlumba-lumba untuk mencari tip bagaimana untuk terus memberi yang terbaik kepada anak-anak. sejak dalam kandungan sudah di beri khasiat pemakanan seimbang dan di teruskan sejurus melahirkan anak.

susu ibu adalah susu yang terbaik kurniaan Allah SWT kepada hambanya. ibu bapa di pertanggungjawabkan untuk memberi yang terbaik kepada Amanah Allah. Ibu bapa harus berusaha sebelum mengalah!! bukan terus mengalah "itu je rezeki anak aku".... 

jom saya kongsikan permakanan yang membantu ibu untuk menambahkan/menghasilkan susu ibu yang banyak.

 20 makanan yang boleh meningkatkan susu ibu secara semulajadi

1. Durian
2. Kurma merah
3. Kurma
4. cheese / keju
5. habatus sauda
6. Madu
7. Minyak kelapa Dara
8. Barley
9. Oat
11. laici
12. kek coklat lembab
13. Horlick
14. sup ikan jerung
15. white radish
16. Bawang Putih
17. longan kering
18. daging kambing
19. sawi
20. susu soya


saya sendiri ibu menyusu dan sekarang saya ada mengambil beberapa jenis suplement untuk memastikan badan saya cergas dan tidak dalam keadaan stress, kerana apabila diri dalam keadaan tertekan akan mempengarusi penghasilan susu. Dalam 20 makanan yang disarankan. saya ingin berkongsi sendiri pengalaman makan durian.

Musim Durian tiba lagi, Alhamdulillah besekempatan untuk makan durian hari-hari (pagi petang siang malam). Di Pulau Pinang tempat paling popular tentang keenakkan durian bertempat di Daerah Balik Pulau. Durian kini menjadi longgokkan di serata pelosok daerah balik pulau. Saya sendiri berasa beruntung di rumah mertua saya ada pokok durian. sebab itu lah pagi petang siang malam durian.

Setibanya musim Durian saya sangat bahagia kerana susu badan melimpah ruah, Alhamdulillah rezeki anak bujang saya yang kini sudah dua bulan. dari anak pertama saya memang merasai bila makan durian susu akan banyak. saya tidak membuat stock susu, sebabnya saya seorang work at home mom (WAHM) jadi saya just direct feeding kepada Adwa Muhammad.

gambar ikhsan dari google.

Durian ini buah-buahan tempatan mengikut musim, jadi takkan nak simpan stock durian kan. Apa sahaja makanan yang di ambil jangan lupa pengambilan air putih secukupnya untuk pengahsilan susu yang cepat.  namun begitu masih terdapat alternatif lain untuk perbanyakkan susu ibu secara semula jadi, pelbagai petua yang di perturunkan untuk mempebanyakkan susu ibu. 

Untuk ibu-ibu yang telah berusaha dengan segala petua dan cara yang telah di kongsi namun masih menemui jalan buntu anda boleh juga mencuba kaedah moden tapi masih menggunakan bahan semulajadi. set penyusuan shaklee yang terbukti dapat membantu ibu-ibu berkerja khususnya untuk meningkatkan quantiti penghasilan susu.

dapatkan set MILKBOOSTER shaklee dari saya pengedar sah anda.

untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.
pos keseluruh Malaysia








Tuesday, June 10, 2014

PERSOALAN MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU

Alhamdulillah, selesai berpantang 44 hari dan kini dalam misi berpantang sehingga 100 hari. Terdetik dalam hati bila ramai saudara mara dan sahabat handai yang bertanya Fully Breastfeeding? dah campur susu, dah ajar botol? jawapan saya InshaaAllah fully BF, exclusive BF.

nasihat saya kepada ibu di luar sana khususnya ibu muda beranak sulong sila tetapkan niat ingin menyusu bayi anda sepenuhnya sekurang-kurangnya 6 bulan, dan seterusnya, InshaaAllah akan di permudahkan. 

namun begitu masih ramai yang tidak faham dengan penyusuan susu ibu, sebab itu ibu cepat panik dan gelabah bila di tanya mengenai susu ibu.



1.Susu badan saya sangat sedikit
KESAL....jika sering dengar keluhan seorang ibu begini. SEDIH sebabnya sewaktu hamil tidak cari gali ilmu sebanyak mungkin untuk panduan penyusuan bayi.

Selalunya bagi meraka yang baru bergelar ibu,mereka tidak faham tangisan bayi dan warna susu adalah bahawa susu mereka tidak mencukupi untuk si kecil. Amat penting untuk anda ingat bahawa tubuh anda menghasilkan susu berdasarkan kehendak bayiuntuk menyusu.Ini bererti semakin banyak anda menyusukan bayi,semakin banyak susu akan keluar.

Jika anda memberi susu tambahan seperti susu formula, dia akan tidur lebih lama kerana susu formula tidak mudah di hadamkan. Ini akan menggangu kesan pengeluaran susu pada tubuh anda.
Kadangkala, bayi menangis selepas menyusu kerana dia telah terpisah daripada anda. Semasa menyusu,dia begitu selesa dengan bunyi dan getaran pada tubuh anda yang mana dia telah mendengarnya ketika berada di dalam Rahim anda. Cuba letakkan bayi dekat dengan diri anda selepas penyusuan. Jika dia masih menangis susukan semula.

Menyusu badan sewaktu minggu pertama adalah paling membingbangkan ibu-ibu. Semasa minggu pertama,si ibu akan mengeluarkan sesuatu dari payudaranya iaitu kolostrum. Ia berwarna kuning dan keluar dengan jumlah yang sedikit. Ia adalah normal dan merupakan makanan kepada bayi anda.



2. Saya mempunyai payudara yang kecil. Adakah saya mempunyai susu yang mencukupi untuk diberikan pada bayi?

Saiz payudara anda tidak memberi kesan kepada keupayaan tubuh anda untuk mengeluarkan susu. Menurut kajian ,ia mungkin memberi kesan kepada peti simpanan susu dan dengan demikian ibu-ibu yang mempunyai payu dara yang kecil mungkin perlu menyusukan anak mereka lebih kerap berbanding dengan ibu yang mempunyai payu dara yang besar.


3.Saya melahirkan bayi pra-matang. Adakah saya masih boleh menyusukannya?

Bergantung pada bagaimana tahap pra-matang bayi anda. Daripada minggu ke-36 dan keatas.dia boleh mula menyusu dengan baik. Anda perlu menyusu sehingga dia berusia lebih kurang 36 minggu. Biarpun bayi anda belajar untuk menghisap, dia akan berasa letih dengan cepat. Dan ,ia amat baik bagi seseorang bayi menyusu dengan ibu. Apa yang menarik mengenai penyusuan badan adalah ia akan berubah mengikut kehendak nutrisi bayi anda dan satu alatan untuk perkembangan bayi anda pada masa itu.Dengan demikian, keseimbangan nutrient dalam susu badan bagi pramatang adalah berbeza daripada bayi biasa.


4. Susu saya keluar terlalu cepat

Bayi anda boleh mengagak dan menarik keluar mulutnya apabila susu anda keluar terlalu cepat dengan kuantiti yang banyak. Sebelum anda menyusukan anak anda, cubalah tekan puting anda untuk mengeluarkan susu yang pertama. Jika susu anda masih keluar dengan banyak, cubalah postur berbaring ketika menyusukan bayi bagi memperlahankan aliran susu. Jika masih meleleh keluar ,cubalah menyusu dengan sebelah payu dara setiap kali menyusu bayi anda untuk mengurangkan stimulasi pada payu dara sebelah lagi. Jadi susu dengan sendiri akan beransur-ansur berkurangan .Jika payu dara sebelah lagi berasa seakan membengkak,tekan keluar sedikit susu untuk membuatkan ia rasa selesa. Namun janganlah anda tekan sehingga kekerigan susu.


5. Bayi saya seakan-akan menyukai sebelah payu dara sahaja berbanding dengan payu dara yang sebelah lagi. Adakah normal?

Ia adalah suatu perkara yang biasa berlaku. Anda akan mendapati pengerluaran susu di payu dara tersebut perlahan jika bayi anda hanya menyusu di sebelah payu dara sahaja. Ia juga membawa maksud yang anda akan mempunyai sebelah payudara yang lebih besar sebelah daripada stu lagi! Oleh itu adalah penting untuk menukar payu dara setiap kali menyusukan bayi anda. Selalunya mulakan dengan payu dara yang berlainan daripada yang anda selalu gunakan pada penyusuan sebelum ini. 

Kadangkala ,anak anda Cuma lebih selesa dengan posisi yang tertentu.maka dengan itu, ia mungkin membabitkan sebelah payu dara sahaja.Jika situasi ini berlaku, anda mungkin ingin mencuba cara football hold iaitu di mana anda yang berbeza.



6. Bayi saya enggan menyusu badan

Terdapat banyak sebab mengapa bayi anda enggan menyusu badan yang mana ia juga di panggil nursing strike. Ia mungkin disebabkan oleh bau deoderon yang anda pakai atau ubat-ubatan yang boleh membuatkan susu anda rasa berbeza  ataupun anak anda baru tumbuh gigi. 

Walapun bayi anda tidak mahu menyusu, anda masih boleh menyediakan susu untuknya. Biarpun payu dara anda berada dalam keadaan selesa bersama bayi anda dan baringkan nya ke atas payu dara anda apabila dia tidak lapar jadi dia akan berasa selesa di situ . Kadangkala bayi yang telah besar yang mana dia telah mula mengambil makanan pejal mungkin tidak akan meyusu lagi .Namun jangan bimbang ,anda masih boleh boleh mencampurkan susu anda ke dalam makananya dan hidangkan kepada meraka.


7. Payu dara saya terasa seakan batu

 
Kebanyakan mereka yang baru bergelar ibu selalunya  mengalami engorgement (bengkak susu) selama tiga atau empat hari selepas kelahiran. Payudara anda berasa tidak selesa. Ia membengkak dan sakit jika di sentuh dan merasa sakit dan terasa seperti batu berada di dalam payu dara anda! 

Untuk melegakannya,susukan bayi anda dengan sekerap yang mungkin. Jika bayi anda sedang tidur ,tekan dan biarkan susu keluar kerana jika anda biarkan terlalu lama ,Engorgement akan menjadi lebih teruk . Untuk mengurangkan bengkak,cuba letakkan pad yang sejuk keatas payu dara anda.Sestengah ibu juga mencuba kubis sejuk dan ia berkesan.


8. Payu dara saya mengalami kemerah-merahan dan sakit. Pada masa yang sama saya mendapat selesema. Apa yang tidak kena dengan diri saya?

Jika payudara anda mengalami kemerah-merahan,kesakitan dan kekerasan pada payudara serta suhu tubuh yang meningkat, anda mungkin mengalami mastitis iaitu jangkitan payu dara akibat bakteria yang menghalang saluran susu anda. Anda perlu dirawat dengan antibiotic. Dalam masa yang sama ,adalah penting untuk anda meneruskan penyusuan bagi menghilang jangkitan pada payu dara. Jangan biarkan antibiotic membuatkan anda berhenti daripada penyusuan bayi.



9. Bayi saya sering menangis. Adakah susu saya tidak mencukupi?

persoalan yang sring kita dengar. Ibu-ibu harus faham kenapa bayi baru lahir sering menangis, bukan sahaja kerana lapar, tepi banyak faktor lain yang mempengaruhinya seperti masih dalam proses mengenali dunia barunya, mungkin tidak selesa dengan cuaca dan sebagainya. perlu anda tahu, saiz perut bayi baru lahir hanya sebesar guli kolostrum sudah memadai. Allah mencipta sebaik-baiknya sesuai dengan keadaan PERFECT!!!



 Oleh yang demikian, sekiranya di masa akan datang anda berhadapan dengan sesiapa sahaja yang mengatakan bayi anda menangis kerana kelaparan akibat kekurangan susu, anda tidaklah perlu khuatir dan gusar lagi kerana susu yang anda hasilkan pasti mencukupi untuk keperluan bayi anda.

**********************************************************************************

Dalam menjayakan sesuatu misi pemikiran yang positive amat dititik beratkan, usaha yang gigih perlu di lakukan supaya tidak menjadi sehangat-hangat taik ayam. Perlu di ingatkan penyusuan susu ibu nampak mudah, tetapi jika kurang ilmu pengetahuan mengenai penyusuan anda akan cepat melatah dan terikut-ikut dengan bisikkan anasir-anasir jahat.

berkat doa dan usaha untuk menyusu inshaaAllah akan berjaya. marilah kita sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu, susu terbaik tiada tandingan, selain berdoa jom sama-sama amalkan Doa banyakkan susu.

Feel Free to share